Ep. 1 : The Investigation Begins

52 7 5
                                    

Pada musim sejuk pada bulan disember, di suatu tempat di Seoul, Korea Selatan, di dalam sebuah bangunan kecil & ada papan tanda pada bahagian atas bangunan itu...Ia tertulis 'TaeNySic Detectives Agency'. Di dalam bangunan itu Tiffany sedang sibuk mengemas kertas-kertas kerja di atas meja.

Tiffany : *mengemas kertas-kertas* Haiiisshh asal banyak sangat kertas kerja yang tak tersusun ni? Takkan laa Taeyeon lupa nk simpan semua ni?

Kemudian Taeyeon datang dengan 3 cawan kopi yang dibelinya..
Taeyeon : Fany-ah, aku dh beli 3 cawan kopi Americano untuk kita bertiga.

Tiffany : *rasa pelik dengan ayat taeyeon* Kita bertiga?

Taeyeon : Ye laa, kau, aku dengan Jessica.

Tiffany : Taeyeon-ah, kau dah lupa ke Jessica dah hilang 2 tahun lepas?

Taeyeon : Oh ya laa... *sedih* Hmmm...

Tiffany : Sabar laa, taeyeon, aku pon rindukan dia...Sejak dia hilang masa satu kes yg kita siasat masa tu, kita cuma jumpa satu kertas tertulis SD-X je...Smpai sekarang aku masih x boleh rungkaikan makna perkataan tu...

Taeyeon : Tapi itu jelaa satu-satunya petunjuk yang kita ada bila Jessica tiba-tiba hilang...Dan aku rasa Jessica diculik oleh seseorang..

Tiffany : Memang sah laa Jessica diculik, kan kita terjumpa surat ni lepas tiba-tiba Jessica menjerit macam suara ikan lumba-lumba?

Taeyeon : Yelaa tapi siapa penculik tu? Kita masih tak dapat cari jawapannya...

Tiba2 muncul seorang lelaki berusia 60-an mengetuk pintu dari luar.

Tiffany : *tunjuk pada pintu* Weiiii ada pelanggan!

Kemudian Tiffany pergi membuka pintu.

Lelaki tua : *sambil memegang satu beg bimbit* Tumpang tanya, adakah ini agensi penyiasat di dalam Seoul ni? Maaf kerana mengganggu.

Tiffany : *senyum* Ya Encik, di sini lah satu-satunya agensi penyiasat yang ada di Seoul, mana ada agensi penyiasat kat tempat lain.

Encik Lee: Oh betul laa ini tempat yang saya cari-cari. Nama saya Lee Soo Man & saya ada satu permintaan untuk kamu berdua selesaikan.

Tiffany : Baiklah..Silakan masuk.

Kemudian Lee Soo Man pon masuk ke dalam.

Tiffany : Sila duduk di sofa Encik Lee, mari kita berbincang tentang permintaan encik. Weii Taeyeon, alang-alang kau dh beli 3 cawan kopi ni, bagi satu kat encik Lee.

Taeyeon : *menghulurkan cawan kopi kepada Encik Lee* Silakan minum Encik Lee.

Encik Lee : Eh takpelaa, saya tak minum kopi. Lagipun saya dah tua, tak elok untuk kesihatan saya.

Taeyeon : Oh okay...

Kemudian mereka bertiga duduk di atas sofa dan mula berbincang...

Encik Lee : Saya ingin kamu berrdua siasat tentang sebuah organisasi yang tiba-tiba muncul sejak akhir-akhir ni. Dan kamu berdua tahu kan organisasi mana kan?

Tiffany : Saidan X kan?

Encik Lee : Ya...Saya berasa curiga tentang organisasi itu, yang saya tahu sebelum ini organisasi tersebut bukanlah organisasi rasmi negara ini, tapi lebih kepada organisasi rahsia yang disembunyikan oleh orang ramai sehingga lah mereka memperkenalkan satu sistem baru yang sangat canggih yang boleh mengawal teknologi di sekeliling kita.

Taeyeon : Maksud Encik Lee, W-B-X tu ke?

Encik Lee : Ya.

Tiffany : Kebetulan Encik Lee, kami pon sebenarnya ingin menyiasat Saidan X tu jugak tapi macam mana
Encik Lee tahu organisasi tu sebenarnya organisasi rahsia?

W-B-X : New World [Completed]Where stories live. Discover now