Prolog

4 0 0
                                    

5 OGOS 2017

Langit di atas sana hitam kelam.Kadang-kadang,disinari pancaran  cahaya yang menyilaukan kornea mata.Guruh berdentum bagai mahu merabak isi dunia sehingga isi yang paling dalam.Sambar menyambar balas membalas kilat ketika itu.Air jernih mula turun membasahi bumi dengan derasnya.

Dari jauh,rumah agam berwarna putih pucat itu seakan tiada penghuninya.Sambaran kilat melatari dengan menghambuskan bayangnya.Cukup untuk membuat bulu bulu roma meremang tegak.Cahaya malap kelihatan di balik jendela bilik hujung tingkat 3 banglo mewah dan antik itu.
'' Ayah.."
Gadis comel rambut bertocang dalam umur lingkungan 6/7 tahun bersuara yang digendong oleh bapanya.Tangannya erat memeluk leher si ayah.
Si ayah tidak lekas menjawab.Diusap kepala anak kecilnya dengan penuh kasih sayang selembutnya.Seperti memaksa si kecil tidur secepat yang mungkin.Dentuman di luar membuatkannya kurang selesa.
''Adik takut."
Mulut si ayah masih tertutup rapat tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.Kaki si ayah perlahan mendaki anak tangga satu persatu.Binaanya sungguh kemas.Ibarat kisah dongeng yang selalu diceritakan pada kanak kanak kini.
''Dah sampai."
Pintu bilik dikuak.Hujan makin deras ditemani bunyi pintu yg berkeriut.Hawa dingin mula meresap ke saraf tulang putih.
     Si ayah membaringkan anaknya ke atas katil yang bercorak 'princess' .Si kecil bagai tidak mahu meleraikan rangkulannya.
''Lepaslah,adik kena tidur,"rayu si ayah.
''Adik takut.."
Seraya dengan itu,satu dentuman kuat kedengaran.Guruh kini sedang menggila di langit.

                  Continued...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bayangan DelailaWhere stories live. Discover now