Kunci

1.2K 108 245
                                    

Ada waktu aku ingin bebas ketika hidup mengunci aku dalam sistem yang ditaktor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada waktu aku ingin bebas ketika hidup mengunci aku dalam sistem yang ditaktor. Berlari bebas merentas dunia yang belum aku jelajah. Menghirup nyaman udara dan merasa terik hangat mentari.

Tapi....

Aku melihat kedua tanganku. Terkunci dengan rantai yang bersambung pada dinding. Kedua tanganku diikat pada dua sisi berbeza.

Sekeliling ruang yang aku tempati ini serba serbi berwarna putih. Tiada jendela mahupun ruang udara. Hanya ada satu pintu berwarna hitam di hadapan aku.

Aku terdengar bunyi tapak kaki. Semakin lama semakin dekat. Bunyi pintu dibuka dan terkuak luas.

Satu sosok tubuh masuk dengan memakai sut bewarna putih. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam sut putihnya.

"Engkau mahu bebas?"

Tentu saja jawapan aku mahu. Aku mengangguk dengan laju berharap soalan itu adalah jalan untuk aku keluar dari sini.

"Pilih." Itu saja jawab lelaki itu. Dia suakan kedua tapak tangannya kepada aku.

Di atas tapak tangan kanannya ada pil berwarna putih manakala atas tapak tangan kirinya ada pil berwarna hitam.

Aku menjadi keliru. Kenapa aku harus memilih dan apa kaitan dengan kebebasan aku. Malas berfikir panjang aku memilih pil berwarna putih.

"Telan." Dia suakan ke mulutku.

Aku berkerut seketika tapi aku turutkan jua. Setelah aku menelan pil tadi, kedua tanganku dibukakan kuncinya.

"Kau bebas memilih. Diluar sana ada jalannya. Kau memilih putih jadi pintunya adalah putih. Itulah kunci kebebasan kau."

Aku semakin tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Pintu sudah terbuka luas. Peluang sudah ada. Aku keluar dari ruang itu tanpa mengendahkan lelaki tadi.

"Pintu warna putih." Aku tercari-cari pintu yang dikatakan lelaki tadi.

Semakin aku berjalan aku tak jumpa sebarang pintu melainkan dinding yang luas. Seolah aku berjalan di lorong yang tiada penghujung. Hinggalah aku bertemu dua simpang. Satu jalannya berwarna hitam dan aku melihat cahaya terang dihujungnya. Satu lagi jalan berwarna putih yang aku tak nampak apa-apa dihujungnya.

Aku memilih jalan hitam yang aku dapat lihat cahaya dihujungnya. Aku tak nak ambil risiko yang aku sendiri tak nampak hujungnya.

"Rafiq... Rafiq..."

Terdengar satu suara memanggil aku tapi aku tak dapat memastikan suara tadi. Aku hanya teruskan berjalan supaya lekas sampai di hujung jalan.

Semakin aku jalan semakin kuat kedengaran suara itu memanggil dan semakin serak juga suaranya. Aku terpandang pintu berwarna jingga dengan cermin kaca di bahagian atasnya. Aku berhenti dan cuba memerhati apa yang ada di sebalik pintu itu.

Sapta Imagi | ✓Where stories live. Discover now