prolog

436 24 0
                                    

Someone pov...


"Apa itu keamanan?"

"Tiada peperangan?"

"Tiada kesakitan dan kesedihan?"


Soalan-soalan ni selalu muncul di fikiran aku setiap kali aku termenung bersendirian. Suasana yang kelihatan aman damai di taman persiaran ni mungkin dapat menjelaskan makna keamanan yang sebenar. 

"Tapi betulkah keamanan itu wujud? Dan jika keamanan itu wujud, sampai bila keamanan itu akan berkekalan?"

Aku bentukkan jari aku membentuk teleskop dan perhatikan setiap orang yang berada di taman persiaran ni melalui lubang pada tangan aku. Secara tiba-tiba imej yang aku lihat bertukar kepada kematian orang-orang di kawasan itu. Jalan dipenuhi dengan darah-darah mereka. Sebaik sahaja imej itu muncul, aku segera letakkan tangan aku ke paha. Suasana bertukar menjadi normal semula. Imej yang muncul itu berasal daripada memori lama aku, aku pernah  menyaksikan dunia yang kini nampak aman, berubah menjadi dunia yang penuh darah.

"Akan kekal kah?"

Dunia ni nampak indah bagi sesetengah orang, namun tidak bagi aku yang pernah menyaksikan zaman kemusnahannya. Sandwich yang berada bersebelahan dengan aku dibiar tak terusik. Siapa sahaja ada selera nak makan bila imej ngeri muncul secara tiba-tiba.

"Keamanan dunia... Keamanan keluarga.. Oh nampak sama.."

Seperti mana aku pernah saksikan kemusnahan dunia, seperti itu juga aku pernah saksikan kemusnahan keluarga. Sepanjang aku jalankan tugas-tugas aku, aku boleh nampak macam mana ikatan keluarga terlerai. Aku pernah terfikir kenapa hanya disebabkan sesuatu perkara berlaku, ikatan kekeluargaan terus terlerai. Sehinggalah perkara itu terjadi pada aku sendiri.

"Buat lagi eksperimen tu, dan lihat di mana aku berada sekarang?"

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga manusia biasa. Ada ibu, ayah dan juga adik. Namun ketika berada di dalam keluarga ni, aku sentiasa rasa yang di sini bukan tempat aku. Luaran diri aku nampak sama seperti manusia biasa, namun perkara yang membezakan aku dan keluarga aku ialah aku memiliki kuasa magis. Ya, aku dilahirkan sebagai seorang wizard di dalam sebuah keluarga manusia biasa. Aku pernah dengar ada kes seperti aku, dimana seorang wizard boleh wujud jika keturunan mereka dahulu merupakan wizard  biarpun ibu bapa berserta adik beradik dilahirkan sebagai manusia biasa. Aku pernah tanya perkara ini kepada ibu aku sebelum ini, kami keturunan manusia tulen. Jadi bagaimanakah aku boleh mempunyai kuasa magis? Melainkan aku ini hanya anak angkat mereka.

Manusia biasa membenci golongan seperti aku, wizard  kerana menganggap kami adalah ancaman bagi mereka. Manusia biasa takut kepada kerosakan yang akan wizard lakukan kepada dunia mereka. Aku tak akan salahkan mereka kerana perkara itu pernah terjadi sebelum ni. Oleh itu, syarikat pelindung ditubuhkan untuk mengawal keamanan dunia. Mereka berperanan menjejaki wizard yang berada di dunia ini dan memastikan mereka tidak membuat kacau bilau di dunia ini. Tatkala teringat tentang syarikat pelindung, aku hanya mampu memaki kesilapan yang aku buat. Kini aku berada di taman persiaran untuk membuang rasa bosan aku setelah dihalau keluar daripada rumah.

"Nak menyesal pun tiada guna... Nasi dah jadi bubur, apa yang aku perlu lakukan sekarang ialah teruskan kehidupan aku. Salah aku juga sebab rasa ingin tahu aku membawa bala kepada diri aku sendiri."

Tak mengapa, tabahkan hati. Mereka bukan keluarga kandung aku pun. Mereka keluarga angkat aku yang jaga aku masa aku kecil. Tekaan aku benar-benar tepat, mustahil keturunan manusia tulen boleh mempunyai anak wizard bukan? Namun malangnya bagi aku kerana aku tiada memori masa lampau aku. Mungkin aku ada keluarga, semestinya. Cuma aku perlu mencari mereka, jika mereka masih hidup aku mahu berjumpa dengan mereka , tanya mereka kenapa tinggalkan aku bersendirian dan jika mereka telah tiada aku tetap akan cari dimana makam mereka.

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora