bab 2

272 17 0
                                    

"Kau?!" Suasana di dalam kelas itu mula berubah menjadi dingin. Suatu aura kuasa dapat dirasai oleh mereka yang mempunyai kuasa sihir. Nampaknya Qairana telah sampai had kesabarannya. Tanpa pelajar di dalam kelas itu sedar, terdapat satu lapisan nipis ais pada dinding kelas itu.

"Qairana... Bawa bertenang.." bisik seorang pelajar lelaki, Haze namanya. Haze merupakan rakan baik kepada Iryan merangkap rakan kepada Qairana juga. Dia mula perasan suasana dingin tersebut dan dia juga dapat merasai aura kuasa Qairana. Ya, dia juga wizard sama seperti Qairana.

"Aku... Terlalu ikutkan perasaan aku. Kalau Haze tak ingatkan aku, mungkin mereka akan tahu... Yang aku.. wizard... Terlalu banyak benda terjadi sampai aku cepat hilang sabar hari ni." monolog Qairana. Dia membalas pandangan mata Haze, berterima kasih kerana menyedarkannya. Sejurus itu, suasana di kelas itu kembali seperti biasa. Guru pelajaran masuk dan memulakan pelajaran mereka pada hari itu.

Skip waktu belajar... Tiba waktu rehat..

"Yes! Dah rehat! Dah lah tadi tiba-tiba sejuk."

"Ahahaha mungkin sebab bakal tercetus pergaduhan sebentar tadi. Masing-masing berpandangan dingin antara satu sama lain." kata salah seorang pelajar lalu keluar rehat.

Setelah semua pelajar keluar rehat, hanya tinggal Qairana, Haze dan Iryan sahaja di dalam kelas tersebut. Haze dan Iryan sedang berborak sesama mereka manakala Qairana pula sedang asyik memerhatikan pelajar di padang sekolah menerusi tingkap kelasnya.

"Hey Qairana. Kau tidak mahu keluar rehat kah?" soal Iryan.

"Aku malas. Malas mahu pandang muka orang yang pandang hina terhadap aku. Kejadian itu baru sahaja terjadi semalam. Tetapi telah heboh satu sekolah. Hebat betul mulut manusia ni. Berita tersebar laju seperti fitnah." terang Qairana.

"Kau perlu berhati-hati, Qai. Nanti mereka semua tahu yang kau adalah wizard. Kitorang juga sama seperti kau. Kita perlu mengawal emosi kita dengan baik. Jika kita gagal.." kata-kata Haze dipotong oleh Qairana.

"Jika kita gagal, kita akan dikuasai oleh kuasa. Kuasa kegelapan.. Ya, aku tahu tentang tu. Tapi aku rasa sakit hati dengan kata-kata diorang. Diorang ungkit balik kesilapan yang aku buat. Tak perlu ingatkan aku tentang kesalahan aku, aku dah tahu salah silap aku." kata Qairana. Dia mengeluh kecil, dia paling pantang jika seseorang itu mengungkit kembali kesilapan yang dia lakukan. Ya, dia tahu dia salah. Tapi tak perlulah sampai ungkit kembali perkara tersebut.

"Kau tidak rasa sedih?" tanya Iryan kepada Qairana.

"Sebab?" soal Qairana pula.

"Kau kena buang keluarga. Aku tahu kau tak sengaja cederakan adik kau." terang Iryan.

"Siapa sahaja tak rasa sedih, Iryan? Tetapi tak ada guna untuk aku terus rasa sedih atas benda yang dah jadi. Ianya akan menyukarkan aku untuk terus mara ke hadapan. Tambahan pula diorang bukanlah keluarga kandung aku. Aku hanyalah anak angkat sahaja.. Diorang dah beritahu kepada aku." kata Qairana. Matanya ligat memerhatikan pelajar di padang. Dia mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti mahu menangis. Dia masih bersedih namun dia perlu melupakannya.

"Ouh... Jadi kau mahu cari diorang? Keluarga kandung kau." soal Haze kepada Qairana.

"Ya, semestinya.. Aku akan cuba cari diorang sampai dapat. Dan aku akan buat apa saja untuk pulihkan memori aku." kata Qairana.

"Siapa sahaja yang kau ingat? Maksud aku, dalam kalangan keluarga kau." soal Hazran.

"Aku tahu yang aku ada seorang abang, seorang kembar aku dan juga sepupu aku. Oh dan pak cik dan mak cik aku juga. Aku hanya ingat dua orang sahaja." kata Qairana. Iryan dan Haze hanya menganggukkan kepala mereka. 

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now