bab 7

208 12 0
                                    

Suasana di dorm kediaman pelajar sunyi sepi pada pagi buta itu memandangkan jam baru menunjukkan pukul 3 pagi. Rata-rata pelajar masih lagi dibuai mimpi ketika ini. Kelihatan seorang figura berambut putih sedang berjalan dengan perlahan keluar daripada dorm miliknya agar tidak membangunkan sesiapa. Dia mengenakan kerudung hitam menutupi seluruh badannya. Dia berjalan di koridor bangunan kediaman pelajar sehinggalah dia keluar ke sebuah taman bunga yang terletak beberapa meter daripada kolej kediaman pelajar.

Figura misteri itu bersila di hadapan sebuah kolam ikan kecil yang terdapat di taman itu. Kerudung yang menutupi wajahnya dibuka, telefon bimbitnya dibuka lalu menghubungi seseorang.

"Maaf kerana membuat kamu tertunggu-tunggu. Kenapa kau menghubungi aku ketika aku sedang sibuk? Bukankah aku tak terikat dengan tugasan lain semasa aku bersekolah?"

"Pengenalan. Dan sebarang perkembangan."

Kedengaran bunyi keluhan kecil daripada figura itu. Dia kemudiannya menyambung perbualannya bersama individu tersebut.

"Qairana Cristallite Johnson, 16 tahun, dark ice wizard, ketua jabatan pengurusan. Perkembangan? Apa yang kau maksudkan?"

"Misi. Kau tidak dapat laporan misi kau kah?"

"Untuk pengetahuan kau, aku diberi pengecualian misi."

"Heyy! Siapa yang kau hubungi- Yahh! Kau!"

Qairana mengerutkan keningnya tanda keliru. Kedengaran seperti terjadi sesuatu di tempat orang yang dihubunginya itu kerana dia terdengar pertengkaran kecil antara dua orang.

"Maaf ketua. Tadi kami beri tugasan kepada orang baru untuk tanya perkembangan misi kami. Tak sangka dia hubungi ketua pula."

"Jake, tak mengapa. Patutlah suaranya tidak pernah didengari sebelum ini. Ada tugasan baru kah?"

"Kumpulan mafia baru. Mereka minta bantuan wizard untuk buat gangguan di sini. Mereka wizard yang tidak berdaftar dalam sistem. Susah juga menjejaki mereka kerana mereka seperti tahu sahaja mereka akan dikesan apabila menggunakan kuasa."

"Mungkin ada yang membocorkan rahsia. Lebih baik kamu periksa di syarikat jika ada sebarang perisik ataupun apa-apa berkaitan."

"Baik ketua- Yow ketua!"

Kedengaran suara lain pula di talian telefonnya. Qairana hanya tergelak kecil mendengar anak buahnya yang masing-masing berpewatakan ceria.

"Yugi."

"Ketua! Bagaimana dengan memori ketua? Banyak yang ketua dapat semula? Mereka kata jika balik ke tempat asal kita, memori akan kembali semula."

"Aku tak dapat nafikan kata-kata kau Yugi. Ya aku sudah dapat semula memori aku. Aku tidak tahu sejauh mana yang aku ingat."

"Apa yang ketua berjaya ingat?"

"Rahsia~"

"Alahh.. aku teringin nak tahu- ketua! Bila ketua akan datang ke sini semula?"

"Akito! Jangan rampas telefon itu"

"Pendek!"

"Akito, apa yang aku katakan tentang perilaku kau?"

"Maaf maaf. Kau tak pendek Yugi. Cuma kurang minum susu."

"Yahh!"

"Pfft- haish.. Aku kembali apabila cuti semester nanti. Jangan risau, aku masih tak letak jawatan aku lagi walaupun aku pilih untuk sambung belajar seperti wizard lain."

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now