bab 9

174 14 0
                                    

"Ketua, berkenaan sindiket penculikan yang ketua arahkan kami dapatkan maklumat sebelum ni. Kami dapat maklumat daripada ahli-ahli yang membuat serbuan di kawasan-kawasan tersebut bahawa kanak-kanak di sana yang diculik masing-masing berjantina lelaki dan mereka dipaksa menjadi kuli dan peminta sedekah. Ada kanak-kanak yang mati dibunuh kerana mereka gagal menyiapkan tugasan mereka. Ada juga beberapa kanak-kanak yang berjaya melarikan diri. Ada juga beberapa kanak-kanak yang dipilih untuk dipaksa menjadi boneka mereka."

"Adakah mereka masing-masing menggunakan nama asal mereka selepas diculik atau mereka dipaksa menukar identiti mereka?"

"Pihak sindiket beri nama baharu kepada mereka semua. Senarai nama kanak-kanak yang berjaya diselamatkan ada pada aku sekarang."

"Huhh.. Nampaknya misi kita tidak semudah itu. Yugi, kau ada maklumat mengenai kanak-kanak yang melarikan diri?"

"Tidak, tetapi aku boleh tanyakan keberadaan budak lelaki yang kau cari itu kepada budak-budak yang berjaya diselamatkan."

"Malangnya aku tak boleh terlalu berharap bahawa mereka mengingati wajah dia. Sudah 12 tahun berlalu sejak kes itu berlaku."

"Ada seorang mangsa yang berjaya diselamatkan datang ke sini tadi, dia datang untuk mendaftarkan diri sebagai wizard muda. Aku ada bertanya pada dia berkenaan orang yang kau cari, dia kata yang dia pernah berjumpa sekali. Malangnya mereka tak berada di tempat yang sama dan dia juga tidak tahu kemana dia diletakkan."

"Begitu.. Adakah kesemua sindiket itu berjaya dihapuskan?"

"Masih berbaki beberapa tempat dan masih dalam proses menjejak ketua sindiket. Ketua, aku tahu ketua masih ragu-ragu untuk mempercayai lelaki yang mengaku dirinya sebagai abang ketua yang hilang tu. Namun aku yakin dia tak menipu kita."

"Ya. Aku sepatutnya berasa gembira kerana abang aku masih selamat. Aku tak tahu apa yang mereka lakukan kepadanya ketika dia diculik pada masa itu, tak dapat aku bayangkan." kata Qairana.

"Aku ada cadangan untuk menyelesaikan masalah kau, kita boleh meminta bantuan ahli yang mempunyai kelebihan masa."

"Aku yakin idea kau tidak pernah mengecewakan aku, Yugi. Beritahu Ryan dan budak tu untuk bersedia dalam masa dua bulan, aku ada tugasan khas untuk mereka. Aku beri masa untuk mereka bersiap sedia."

"Aku akan maklumkan kepada mereka berdua. Jaga diri, ketua."

"Terima kasih atas bantuan kau, Yugi. Aku pergi dulu."

Qairana bangun daripada tempat dia berada lalu mengibas-ngibas debu yang melekat pada bajunya itu. Dia menarik nafas perlahan lalu menghembuskan nafasnya kembali. Dia baru sahaja selesai menghubungi anak buahnya berkenaan laporan misi mereka. Qairana mengambil keputusan untuk berjumpa dengan prof Mirae seperti yang dikatakannya sebentar tadi lalu keluar daripada taman bunga itu.

Sedang dia berjalan-jalan di kawasan itu, matanya tertumpu di sebuah kelas yang sedang diajar oleh ibu saudaranya, Ri-jin. Mata Ri-jin kemudiannya ternampak Qairana yang sedang berjalan berhampiran kelasnya lalu tanpa membuang masa, dia memanggilnya ke kelas tersebut.

"Qai, apa yang kamu buat di sini? Ponteng kelas kah?"

"Er tak. Ambil angin sahaja hehe.. unnie ajar apa."

"Magis Arbor."

"Ehh?!" Qairana merenung kelas tersebut, dia baru sedar setiap meja mempunyai sebatang pokok bunga kecil dan pelajar di kelas itu masing-masing sedang cuba menggunakan magis Arbor itu.

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now