bab 11

158 12 0
                                    

Keesokan harinya para pelajar memulakan hari mereka seperti biasa dengan menghadiri kelas mereka masing-masing. Kelas pada pagi itu dimulakan dengan subjek pertahanan badan yang diajar oleh Ri-on, guru bimbingan dorm Kelabu. Sebaik sahaja semua pelajar duduk di tempatnya Ri-on menjemput seorang pelajar untuk masuk ke kelasnya.

"Hayato, gunakan masa ini sebaiknya. Saya pergi uruskan pendaftaran pelajar pertukaran sebentar." Kata Ri-on lalu menepuk bahu anak muridnya. Pelajar kelas itu kelihatan bingung melihat situasi di kelas pada pagi itu.

"Hai semua. Aku ambil sedikit masa subjek hari ini untuk ucapkan selamat tinggal. Aku dapat tawaran untuk bertukar sekolah berhampiran dengan tempat tinggal aku. Ada pelajar di sana yang bersetuju untuk bertukar tempat dengan aku." Kata Hayato lalu tersenyum kecil.

"Bukankah kau pernah kata yang kau mahu pergi jauh daripada ibu bapa kau??" Soal Mica.

"Kau mahu berpindah?" Soal Yuuki pula dengan nada sedih.

"Ada orang sedarkan aku, dan aku mula nampak mengapa mereka layan aku seperti itu. Apabila aku berjumpa mereka semalam, mereka jelaskan segalanya."

"Siapa?"

"Rahsia~"

"Alaa.."

Selepas itu kelas itu riuh dengan pertanyaan dan sesi perpisahan. Malangnya mereka baru tahu perkara ini pada hari itu, jika mereka tahu lebih awal, pasti mereka akan mengadakan majlis perpisahan secara besar-besaran. Tak lama selepas itu, Ri-on tiba di kelas itu semula setelah selesai urusannya. Hayato sempat bergambar bersama dengan rakan sekelasnya lalu menundukkan badannya tanda hormat kepada guru bimbingannya, Ri-on.

"Terima kasih sir atas segala tunjuk ajar. Saya perlu pergi dulu, mahu berjumpa dengan guru-guru lain sebelum berangkat ke sana." Kata Hayato.

"Pergilah, jaga diri kamu Hayato. Pastikan kamu berjaya dengan cemerlang ya?"

"Baik sir! Oh kau pelajar yang sudi tukar tempat dengan aku, terima kasih! Aku hargai sangat-sangat, tak sangka aku dapat pindah sekolah secepat mungkin." Kata Hayato sebaik sahaja melihat pelajar pertukaran itu di koridor luar.

"Takmengapa. Terima kasih kerana sudi bertukar tempat dengan aku juga. Kau dah simpan nombor aku kan? Kita boleh berhubung lagi nanti, Hayato."

"Ahaha baik! Selamat tinggal semua!" Setelah selesai melambai tangan kepada Hayato, Ri-on menyuruh pelajarnya untuk kembali ke tempat masing-masing lalu meminta pelajar pertukaran itu masuk ke dalam kelas untuk memperkenalkan dirinya. Mata Akira terkedu melihat wajah remaja lelaki yang kini sedang berdiri di hadapan kelas itu.

"Salam perkenalan, aku Arata Khumiko. Gembira berjumpa dengan kamu semua." Kata Arata lalu tersenyum kecil. Qairana, dan Kanata masing-masing memaparkan reaksi terkejut.

"Khumiko? Bukankah tu.." sejurus itu, mata para pelajar tertumpu kepada Akira. Kanata yang berada di sebelah Akira menepuk bahunya untuk mendapatkan perhatiannya.

"Akira, kalau kau tak selesa, kau boleh minta pengecualian kelas hari ni. Aku boleh bantu kau." Bisik Kanata lalu menyerahkan telefon miliknya kepada Akira. Terpapar nama Ryan pada telefon itu, menunjukkan bahawa Kanata sedang berada di dalam talian telefon bersama Ryan.

"Sir, izinkan saya keluar." Kata Akira lalu meletakkan telefon itu pada telinganya lalu keluar daripada kelas itu menuju ke tempat yang tersembunyi. Dia memerlukan bantuan seseorang ketika ini, dia masih tidak bersedia lagi.

"Ryan... Tolong aku.. aku.."

"Teleportation.."

Akira hilang daripada kawasan itu hasil bantuan Ryan. Kini Akira berada di bilik tetamu bersama dengan V dan Ryan. Sementara itu, di kelas kelihatan riuh setelah berlaku situasi yang tidak diduga itu. Ri-on seperti memahami apa yang dirasai oleh Akira, dan tidak bertindak memanggilnya semula. Dia kemudiannya menepuk-nepuk tangannya untuk mendapatkan perhatian para pelajarnya.

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now