bab 14

148 11 0
                                    

"Kau selalu berada di sini, Auni?"

"Ohh Hana, Aika. Haha ya, aku selalu datang ke taman bunga setiap kali aku mahukan ketenangan." Kata Auni, menjawab soalan Aika. Permandangan di taman bunga itu amat mendamaikan sesiapa sahaja yang datang berkunjung.

"Cantiknya.."

"Ya, sebab itu aku selalu ke sini, Hana. Kamu berdua sudah buat keputusan kamu?"

"Tak."

"Aku juga tidak tahu."

Auni mengeluarkan makanan ikan yang dibawa bersamanya lalu memberi makan kepada ikan di kolam tersebut. Dia mengeluh kecil sebaik sahaja menetapkan satu keputusan untuk menjawab soalan Qairana.

"Aku akan sertai Qairana dan Akira." Kata Auni dengan tekadnya. Hana dan Aika memandang ke arahnya serentak sebaik sahaja mendengar keputusan yang dibuatnya.

"Kau yakin?" Soal Hana.

"Jadi bagaimana dengan keluarga kau di sana?" Soal Aika pula.

"Ini keputusan muktamad aku. Ini apa yang aku mahu lakukan. Aku yakin keluarga aku berat hati untuk membiarkan aku menyertai peperangan itu. Tapi aku lebih kenal diri aku, jika aku tidak membantu Qai dan Akira, aku akan dihantui rasa bersalah seumur hidup aku." Kata Auni lalu tersenyum lemah.

"Benar... Tapi aku takut, bagaimana jika kita tumpas? Bagaimana jika kita mati?" Kata Aika dengan nada gusar.

"Ibu bapa aku pasti tidak akan mengizinkan aku menyertai peperangan itu. Semasa datang ke sini juga mereka hampir menghalang aku pergi." Kata Hana pula. Pandangan matanya kelihatan redup. Dia berasa buntu untuk membuat keputusan sama ada dia akan sertai peperangan bersama rakan-rakannya atau terus pulang ke pangkuan keluarganya.

"Ibu bapa mana yang tidak risau. Ya, aku akui bahawa ada kebarangkalian untuk kita gugur di medan perang. Ibu bapa kita pula manusia, sukar untuk mereka datang ke sini jika kita dikebumikan di sini. Tapi aku tekad, aku mahu membantu mereka memenangi peperangan itu. Lebih baik kamu berdua bincang dengan keluarga kamu dulu jika masih ragu-ragu. Walau apa pun keputusan kamu, mereka pasti faham. Disebabkan itulah mereka beri kita dua pilihan itu, Hana, Aika." Jelas Auni lalu bangun daripada tempat duduknya.

"Biar aku tebus kesilapan nenek moyang aku kerana pilih untuk melarikan diri. Aku akan tamatkan sumpahan yang mengikat keturunan kami."


...



"Akira, aku selalu tertanya-tanya tentang keluarga kau. Kuasa kau juga seperti bukan calang-calang."

"Keluarga aku? Aku yakin keluarga aku sama sahaja seperti keluarga kamu semua kecuali kami ada magis. Itu sahaja yang membezakan kita." Kata Akira lalu matanya tertacap pada dua orang sahabatnya yang baru tiba di bilik mereka.

"Kau jarang bercerita berkenaan keluarga kau kepada kami. Sebab itu kami curiga." Kata Haze, menyokong persoalan Iryan.

"Ayah aku merupakan pengguna magis angin. Dia juga mempunyai sayap seperti aku. Abang aku pula memiliki magis milik ibu aku, iaitu magis tanah."

"Rumah lama kau pasti besar, bukan? Memudahkan untuk kamu berlatih magis kamu." Kata Iryan lalu membayangkan rupa rumah milik Akira.

"Seingat aku, aku tinggal di rumah banglo dua tingkat yang terletak di hutan. Rumah kami diselang-selikan dengan hutan belukar." Kata Akira sambil mendongak ke atas, cuba mengingati rumah keluarganya.

"Woah!"

"Kedengaran mewah!"

"Rumah milik Qairana jauh lebih mewah. Aku pernah pergi sekali kerana ibu bapa aku kerja, dan kebetulan rumah Qairana mempunyai pengasuh. Jadi aku di hantar ke sana." Kata Akira.

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now