bab 15

148 9 0
                                    

"Curse blood, dolore mortis!"

Sebaik sahaja darah milik Suga terkena pada badan Yuuki, dia mula menggelupur dalam kesakitan. Ditambah dengan impak kuasa Kurota dan Qairana yang bertindak meracun badannya dan memusnahkan sel-sel badannya.

"Aku yakin sel badan kau sedang diambang kemusnahan sekarang. Jangan sesekali pandang rendah pada musuh kau, Yuuki. Kuasa yang nampak remeh itu... yang akan membunuh kau." kata Kurota lalu menghilangkan pedangnya. Dia hanya mampu memandang Yuuki dengan pandangan kosong.

"Kau nak elak libasan aku? Kau nak bergerak pun tak boleh sekarang. Jangan risau, Yuuki. Racun pada darah aku tiada penawar yang dapat hilangkannya." balas Qairana lalu ketawa sinis.

"Biar kau rasa terseksa sehingga kau mati! Kau tak layak mati begitu sahaja lepas apa kau buat pada kami semua!!" kata Suga dengan nada benci. Yuuki mengelupur kesakitan buat masa yang lama sebelum badannya berhenti bergerak sepenuhnya. Suga mengeluarkan bebola kecil lalu membalingnya ke arah mayat Yuuki. Bebola itu memerangkap badan Yuuki lalu hilang daripada tempat itu.

"Bola apa tu?" soal Kurota kepada Suga.

"Teknologi ciptaan Golden Voltiac untuk menyimpan bahan spesimen. Aku yakin pihak Golden Voltiac dapat manfaatkan mayat tak guna tu sebaiknya." jawab Suga lalu jatuh terduduk. Dia telah kehilangan banyak darah akibat menggunakan kelebihannya.

"Jadi kau manusia berdarah sumpahan?" soal Qairana sambil membersihkan pedangnya. Kurota pula cuba membangunkan pelajar-pelajar di situ.

"Tu antara kelebihan yang aku dapat selepas sertai Golden Voltiac. Aku tak nak guna kelebihan ni terlalu kerap kecuali apabila terdesak. Kelebihan ni makan banyak tenaga aku dan buat aku jadi anemia." kata Suga dengan nada lemah. Sebuah medan teleportasi terbentuk di collasium itu lalu Kanata dan Ciel muncul di situ.

"Abang, tolong sembuhkan Suga. Dia dah hilang banyak darah. Ciel, macam mana dengan yang lain?" soal Qairana selepas meminta bantuan abangnya untuk memulihkan Suga. Kanata segera berlari ke arah Suga untuk memulakan proses penyembuhan.

"Misi berjaya, semua orang selamat. Ada yang dihantar ke bilik kesihatan sebab cedera. Ni tempat terakhir." jawab Ciel.

"Macam mana korang tahu yang collasium ni tempat terakhir?" soal Kurota.

"Ejen Golden Voltiac yang lagi seorang beritahu kami." jawab Kanata setelah selesai tugasannya. Suga kini boleh kembali berdiri berkat kuasa Kanata.

"Ohh Clone! Mana dia pergi?" soal  Suga.

"Bilik mesyuarat. Dia sedang berehat sebab dah kehabisan tenaga." jawab Kanata. Matanya melilau mencari seorang lagi pelajar yang masih lagi tiada di situ.

"Semua orang dah selamat dan ini tempat yang terakhir. Jadi dimana Mica berada?" soal Ciel lalu memandang ke arah wajah tiga individu tersebut.

"Mica..." kata-kata Qairana terhenti. Muka mereka bertiga berubah sugul tatkala teringat tentang Mica.

"Tak.. Tak mungkin..." kata Ciel. Riak mukanya berubah.

"Mica dah tinggalkan kita... Dia lindungi semua pelajar di sini.." kata Kurota dengan nada sebak.

"Maaf kerana kami terlambat... Kami.." Suga menggenggam tangannya dengan kuat. Walaupun musuh telah ditewaskan, namun dia sedar bahawa dirinya telah gagal menyelamatkan kesemua pelajar yang diculik di sekolah itu.

"Tak mengapa... Kita.. Kita tidak mampu elakkan diri kita daripada terbunuh semasa perang, bukan? Kerja yang bagus, kamu bertiga.. Kamu berjaya halang musuh daripada bunuh lebih ramai pelajar." kata Kanata lalu menyentuh bahu mereka bertiga, cuba memberi semangat kepada mereka.

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now