bab 16

154 14 0
                                    

Qairana memerhatikan sekumpulan pelajar yang berada di dalam kumpulannya dengan teliti sambil memikirkan arahan seterusnya sebelum dia dikejutkan dengan bunyi gendang yang diketuk bertalu-talu. Ciel yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan reaksinya dalam diam.

"Ciel, kau akan beri taklimat di sini ke? Untuk kumpulan penyembuh." Soal Qairana kepada Ciel.

"Mungkin selepas taklimat kau. Sebab aku dan Kanata juga bertempur jarak dekat dan memiliki kelebihan penyembuhan."

"Kumpulan healer, kamu berbaris di sini dulu dan duduk sebentar. Ketua kumpulan kamu juga perlu dengar taklimat lain. Oh tuhan, makin ramai orang pula.." keluh Qairana lalu membuka topi yang berada di atas kepalanya. Getah rambut yang digunakannya hilang bersama dengan topeng mukanya.

"Kau... Pelajar di sekolah ni bukan? Kumpulan Emas, yang datang daripada dunia manusia." Kata salah seorang pelajar di situ sambil menunjukkan jarinya ke arah Qairana.

"Ya... Aku daripada kumpulan Emas."

"Jika kau berasal daripada kumpulan Emas, dan datang daripada dunia manusia, macam mana kami nak harapkan kau beri taklimat selanjutnya tentang peperangan kali ni? Kenapa guru-guru tak ambil bahagian dalam memimpin pelajar? Kenapa mesti kau, budak tahun pertama ni yang beri taklimat?"

"Aku juga tertanya-tanya perkara sama. Kau berada di dunia manusia, apa yang kau tahu tentang peperangan?"

"Bolehkah kami percayakan kau?"

Suasana bertukar tegang apabila beberapa orang pelajar menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara pihak sekolah melepaskan tanggungjawab memimpin pelajar ke tangan budak mentah. Arata yang baru sahaja tiba di situ hanya mengeluh kesal melihat perubahan sikap pelajar-pelajar di situ.

"Generasi muda zaman sekarang memang kurang didikan kah?" Kata Arata dengan nada sinis.

"Kau?!"

Kachakk!!

Suasana berubah sepi apabila bunyi tembakan dilepaskan ke udara. Semua mata tertumpu kepada pemilik pistol yang masih berasap di situ.

"Iryan, tempat taklimat kau bukan di sini." Kata Qairana apabila melihat kelibat Iryan menuju ke arah mereka.

"Aku hanya mahu mudahkan kerja kau. Jadi silakan ketua kumpulan." Balas Iryan lalu menyimpan pistol miliknya. Qairana hanya mampu berterima kasih di dalam hatinya kerana Iryan berjaya mendiamkan pelajar-pelajar kumpulannya.

"Tanpa membuang masa, Aku Qairana Cristallite Johnson, daripada kumpulan Emas. Jadi untuk menjawab soalan-soalan kamu. Kenapa pihak sekolah lepaskan tugas ni pada aku yang 'mentah' ni?" Qairana menekankan ayat mentah lalu tersenyum sinis melihat reaksi mereka di situ.

"Apabila berlaku keadaan darurat seperti peperangan dan kacau bilau, ahli syarikat pelindung akan jadi yang paling berkuasa dalam menentukan keputusan. Tiada siapa yang akan dapat melawan arahan kami, tak kisahlah raja ataupun pemimpin negara. Segala arahan kami adalah muktamad, perlu dilaksanakan. Dalam kes ni, aku antara wakil syarikat pelindung Golden Voltiac. Jadi arahan aku adalah muktamad."

"Aku bukan budak 'mentah' seperti yang kau katakan, aku jauh lebih tahu berkenaan peperangan. Aku pernah sertai misi semasa pemberontakan di dunia manusia yang dibuat oleh pihak wizard kegelapan sendiri. Aku pernah lihat suasana aman damai yang kau lihat dulu, penuh dengan darah dan mayat. Dan peperangan 12 tahun lalu, aku salah seorang mangsa sama seperti kamu."

"Pernah dengar tentang keluarga sihir? Kau pernah tertanya-tanya tak kenapa identiti mereka dirahsiakan?" Soal Qairana setelah sekian lama berucap.

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now