BAB 1

2K 18 0
                                    



Langkah diatur begitu cermat. Gaya berjalan seperti lagak seorang model professional. Menggunakan gaun paras lutut berwarna soft pink. Rambut hitam lebat aras punggung, curl di hujung rambut. Senyuman manis terukir dibibir, walaupun tiada lesung pipit namun senyuman itu tetap menawan. Violet menjeling kepada sesiapa sahaja memandang ke arahnya.

Violet suka dipuji. Pujian menyebabkan dia lebih bersemangat dan yakin diri. Violet mengatur langkah menuju ke kaunter untuk memesan minuman.

"Order apa cik?" Soal pekerja dengan ramah. Violet tersenyum mesra ke arah pekerja tersebut.

"Nak order Hokkoido Milk Tea dengan spicy fries." Violet memesan makanannya. Selepas membayar makanan, dia memerhati tempat duduk yang kosong. Violet menuju ke tempat itu.

Beberapa minit kemudian, makanannya dihantar oleh seorang pekerja lelaki.

"Hi, miss. Ini order miss dan ada nota sekali dari seseorang." Pekerja itu menunjuk ke arah seseorang yang dimaksudkan . Violet mengangguk faham. Diambilnya kertas kecil itu lalu pekerja itu berlalu pergi.

Hi, si cantik. Boleh I teman tak?Kalau sudi, silalah kenyit mata.

Violet ketawa kecil, geli hati dengan tulisan cakar ayam daripada seorang lelaki asing itu. Violet memandang ke arah lelaki yang tersenyum miang. Rupa agak boleh tahanlah, asalkan poket tebal, kan? Badannya tegap, tinggi dalam anggaran 170 cm dan berkulit hitam manis. Violet tidak mengenyitkan matanya. Dia tetap merenung lelaki itu sambil mengunyah kentang goreng yang dipesannya.

Lelaki itu tampak gelisah. Dia mengenyitkan matanya beberapa kali, namun Violet masih seperti tadi. Beberapa minit kemudian, lelaki itu mula berdiri lalu menuju ke arah Violet.

"Hi, si cantik. U dah baca nota I tadi kan?" Soalnya sambil tersengih. Voilet menganggukkan kepalanya.

"Jadi, u tak suka ke I teman u?" Tanpa segan silu lelaki itu menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Violet.

"I tak suka lelaki asing arahkan I sesuka hati." Jawab Violet sinis. Lelaki itu tersengih, dia mengelengkan kepalanya.

"Sorry. Nama I Ambrose. Ini kad i. " Ambrose menghulurkan kad namanya kepada Violet. Violet menyambut dan membaca kad nama tersebut. Wow,Director Manager! Violet terasa ingin menjerit teruja saat itu, namun ditahan seboleh yang mungkin. Dia kena kawal diri.

"I Violet." Violet memperkenalkan ringkas namanya.

"Wow, cantik nama seperti orangnya juga! Perfect!"Puji Ambrose sakan. Wajahnya tampak teruja. Violet tersipu malu dengan pujian yang sudah kerap kali didengarinya.

"So, u ada plan lepas ni?" Ambrose menyoal sambil senyum penuh makna. Violet mengeleng kepalanya. Dia juga tersenyum penuh makna. Dia pun tidak pasti Ambrose mangsa yang ke berapa dalam jerat cintanya...

***

Bibir Ambrose dan Violet bertaut erat. Ambrose mencium penuh nafsu bibir Violet. Violet juga tidak mengalah. Mata mereka terpejam sambil menikmati belaian bibir masing-masing. Perlahan tangan Ambrose merebahkan kerusi keretanya yang diduduki oleh Violet. Wangian perfume Violet betul-betul mengoda nafsunya. Tangan Ambrose mula menyeluk ke arah bawah gaun Violet. Diraba sambil dicium rakus bibir Violet. Violet pantas membuka matanya apabila merasakan Ambrose meraba pussynya.

"Stop!" Violet menolak kasar badan Ambrose. Terlepas ciuman mereka. Ambrose tergamam. Violet terus keluar dari kereta. Dia berlari menuju ke arah mall. Ambrose cuba mengejar namun gagal sebab Violet terlalu laju. Oh ya, mana dapat lawan dengan ratu pecut wakil sekolah dulu! hahah

"Fuh, selamat!" Violet tercungap-cungap. Matanya liar memerhati sesekeliling untuk memastikan tiada kelibat Ambrose.

"Bodoh betul la! Semua jantan sama je! Cuba la kau  bersabar dulu, tadi cakap nak lunch lah. Parking je terus nak kiss orang!" Violet melepaskan amarahnya.

Tiba-tiba telefon bimbit Violet berbunyi. Violet memerhati nama pemanggil.

"Apa pula orang tua ni nak.." Violet merunggut sebentar sebelum menjawab panggilan.

"Balik rumah sekarang!" Herdik En Kazuya sejurus panggilan dijawab. Violet terpaksa akur. Kalau melawan, tiada pula duit bulanannya nanti. Mana nak dapat 10k semudah itu kalau bukan dari papa sendiri,kan?

***

"Papa malu dengan sikap Violet yang sesuka hati keluar dengan mana-mana lelaki. Kamu satu-satunya anak papa. Kenapa degil sangat?" Marah En Kazuya. Violet memejam erat matanya. Sabar dulu Violet. Api tak boleh lawan dengan api..

"Papa masih upah spy?" Soal Violet sambil memandang papanya. Wajah orang tuanya itu agak kemerahan menahan marah.

"Ya. Tak sangka kamu masih tidak berubah. Kalau kamu masih bersikap macam ni. Papa potong duit bulanan kam!Tiada satu sen pun papa akan bagi." Kata En. Kazuya tegas.

"Dah kenapa pula nak potong duit bulanan? Violet tak buat salah pun." Violet mula meninggikan suara.

"Tak buat salah? Kamu tu dah macam pelacur!" En.Kazuya membaling beberapa keping gambar ke arah Violet. Violet tergamam melihat gambarnya sedang bercium dengan Ambrose! Secepat itu spy papa buat kerja?

"Kamu nak cakap apa lagi? Banyak kali kamu ditangkap buat perkara tak senonoh. Kamu anak yang memalukan orang tua!" Semakin galak En Kazuya memarahi Violet.

"Jadi Violet memalukan papa? Habis papa selama ini tak pernah buat salah? Papa lupa yang papa pernah ada skandal dengan perempuan lain masa mama tengah nazak dulu? Papa lupa ke papa pernah abaikan Violet hanya kerana perempuan lain? Jangan menegur kalau diri sendiri pun tak betul!"" Violet tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Lantaklah apa nak jadi...

"Violet!" Jerit En Kazuya sambil menghentakkan kedua-dua jarinya ke atas meja. Violet berdiri.

"Kalau papa tak nak beri duit, ok fine! Violet akan keluar dari rumah ni. Pergi ke mana-mana saja dengan lelaki lain!" Jerit Violet lalu berlari keluar dari rumah. En. Kazuya mengejar langkah Violet, namun gadis itu tidak dapat dikejar. Hatinya sudah nekad!

Violet berlari laju. Tidak perduli dengan laungan papanya. Papa memang tidak pernah memberi kasih sayang selama ini, cuma memberi duit yang banyak untuk menghiburkan hati si anak. Cukup terhiburkah hati seorang anak tanpa kasih sayang seorang mama dan papa?

Pantas Violet mendail nombor Koki. 

"Koki... tolong aku." Terletus tangisan Violet setelah mendengar suara Koki ditalian. 

"Aku datang sekarang!" Suara Koki cemas. Talian tidak diputuskan sehinggalah Koki datang ke kawasan perumahan Violet. Mereka hanya tinggal berdekatan sahaja. 

Pantas Koki memeluk Violet, cuba menenangkan gadis kesayangannya itu.  Dia penyebab gadis itu menjadi playgirl! Menyebabkan gadis itu tidak percaya dengan cinta lelaki lain. Dia yang  bertanggungjawab menghancurkan kepercayaan gadis itu suatu ketika dahulu...

***

Jerat CintaWhere stories live. Discover now