Bab 17

159 12 0
                                    

"Arata! Kau masih hidup!"

"Kanata, kau tak apa-apa?"

"Aku terkena serangan tadi, masih sedang pulihkan diri aku. Tapi kenapa kau datang ke sini?" Soal Kanata dengan nada hairan.

"Oh aku.." kini rantai yang baru sahaja dipakainya menyala terang, menghentikan perbualan mereka.

"Topaz crystal?! Jadi Auni juga telah berjumpa dengan kau?" Kanata tergamam melihat rantai itu manakala Arata pula terkejut apabila Kanata menyebut nama Auni.

"Macam mana kau tahu?"

"Dia datang tadi ke sini dan serahkan Amethyst crystal kepada Hyunrin. Terus Hyunrin beredar daripada tempat ni bersama dengan Kurota."

"Tapi Kurota bukan kumpulan ni bukan?"

"Dia sertai kumpulan kitorang selepas semua ahli kumpulannya mati terbunuh. Jangan risau, aku dah pastikan identiti dia."

"Syukurlah..."

"Arata... Abang aku tak apa-apa kan?"

"Ehh bila masa kau ada telepati?"

"Yow korang masih hidupkan? Mestilah ya, kalau tak. Rantai ni tak akan menyala macam ni."

"Korang semua tak apa-apa kan? Tak ada sesiapa mati kan? Auni kata ahli kumpulan dia masih hidup, jadi Ciel tak terkesan masa gelombang kedua tadi. Dan Haze juga masih bertahan tadi katanya."

"Iryan ada bersama aku, dia juga masih hidup. Kurota juga ada di sini."

Arata memegang kepalanya, terasa pening mendengar banyak suara dalam kepalanya.

"Untuk soalan Qai, abang kau ada dengan aku. Korang tak pening ke dengar banyak suara macam ni?" Kata Arata dengan nada hairan, dia sendiri rasa sakit kepala dengar suara kawan-kawan dia.

"Arata, kau dah mula gila ke sebab perang tanpa henti?"

"Abang kau siap kata aku gila lagi, Qai. Nampaklah dia sihat sahaja tu." Kata Arata lagi dengan nada menyampah. Kanata hanya buat tidak tahu sahaja. Dia sebenarnya tahu yang Arata sedang berhubung dengan pemilik rantai yang lain. Sahaja panggil dia gila.

"Jadi apa yang kita kena buat sebenarnya?"

"Entah.. tak ada manual pula.."

"Auni kata fikirlah sendiri. Eh dia ni.."

"Jadi rantai ni pulihkan tenaga kita, bukan? Maknanya kita boleh guna kuasa terkuat kita tanpa risau kehabisan tenaga."

"Ahaa.... Baiklah aku nak cuba dulu.. sebab banyak pula raksasa purba datang kawasan aku. Mungkin sebab Kanata nampak sedap di mata diorang." Sindir Arata namun dibalas dengan kesakitan pada kepalanya kerana Qairana menjerit marah di sana.

"Kanata, kau kena ajar adik kau untuk ketawa bila dengar gurauan. Aku bergurau je, dia menjerit dalam kepala aku.." adu Arata namun dibalas dengan gelengan kepalanya.

"Dah terlambat untuk dia belajar.."

"Mengadu lah tu."

"Weh aku merayu sangat, jangan jerit dalam kepala. Sakit kepala aku tau.."

"Aku dah cuba kuasa aku, memang tak rasa penat langsung."

"Macam mana kau tak terkesan dengan jeritan tadi, Akira?"

"Senang sahaja, aku tutup suara korang buat seketika. Bila aku nak guna telepati ni baru aku buka semula."

"Boleh cuba semua, aku juga buat benda sama. Dan Qai, kalau kau nak jerit pada Arata, kau hanya target dia sahaja."

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now