Rahsia Ariana

12 2 0
                                    


Pari-pari? wujud lagi ke pari-pari? Kejap... ada lagi ke budak yang percaya akan kewujudan pari-pari di kehidupan yang modern ni?

Mestilah ada, sebab tu lah aku tulis kisah ni untuk jadi bahan bacaan korang....

Kisah ini bermula di sebuah bandar yang bernama Tasik Sri Emas. Ariana adalah seorang gadis yang berusia 14 tahun dia menetap di bandar ini sejak lahir lagi, dia tidak mempunyai ramai kawan dan lebih gemar untuk duduk bersendirian. Keluarga Ariana terdiri daripada Ayahnya yang bernama Encik Mazuki dan ibunya yang bernama Marlisa, dia merupakan anak tunggal dalam keluarga ini. Ayah dan ibunya mempunyai perniagaan sendiri dan terkenal di serata asia disebabkan orang tuanya selalu sibuk dia sudah biasa hidup bersendirian. Mereka mempunyai seorang pembantu rumah yang bernama Mak Sarah dan seorang pemandu yang dikenali sebagai Pak Mail.

Ariana merupakan seorang gadis biasa yang terkenal dengan kebijaksanaannya, di sekolah dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan dan juga dalam pertandingan kuiz bagi subjek matematik dan ingeris. Ariana merupakan wakil sekolah bagi pertandingan kuiz untuk kedua-dua subjek tersebut dan dia memenangi pingat emas untuk kedua-duanya di peringkat kebangsaan. Walaupun ramai murid ingin berkawan rapat dengannya tetapi dia selalu menghindari kawan-kawannya. Kebiasaannya dia akan terus pulang ke rumah setelah habis pelajaran di sekolah, tiada seorang pun yang berjaya mengajak Ariana keluar selepas sekolah ataupun pada hujung minggu.

Bandar Tasik Sri Emas terkenal dengan satu lagenda, lagenda tersebut menceritakan tentang kewujudan pari-pari di sebuah tasik yang bernama Tasik Sri Emas yang terletak di hujung bandar mereka. Mengikut lagenda tersebut kanak-kanak yang berusia 16 tahun ke bawah dapat melihat kewujudan pari-pari di situ jika mereka mempercayai kewujudan pari-pari dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyakiti pari-pari dan alam semula jadi. Penduduk Bandar Tasik Sri Emas menyebarkan lagenda tersebut di kalangan kanak-kanak supaya kanak-kanak di bandar itu menjaga dan menyayangi alam kita tetapi mereka tidak sedar akan kewujudan pari-pari di tasik itu adalah benar.

Ketika Ariana berusia sembilan tahun dia mengikuti rombongan ke Tasik Sri Emas bersama rakan-rakannya sempena Kempen gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya. Ariana percaya akan pari-pari sejak dia kecil lagi, hal ini kerana Ariana suka baca buku cerita dogeng sejak kecil malah buku yang dia gunakan untuk belajar membaca adalah buku yang bertajuk 'Cinderella'. Oleh itu, selain dari membersihkan kawasan tasik Ariana sibuk mencari pari-pari di kawasan tersebut. Ariana tidak menceritakan hal ini kerana dia tidak mahu ditertawakan oleh rakan-rakannya, hal ini kerana mereka tidak mempercayai lagenda tersebut malah mereka lebih mempercayai bahawa terdapat hantu air di tasik itu.

Ariana hampir berputus asa ketika mencari pari-pari kerana masa untuk mereka pulang sudah hampir tiba. Saat dia mahu menghampiri kawan-kawannya tiba-tiba dia terlihat sesuatu terbang di hadapannya, dia percaya dengan apa yang dilihat lalu dia mengejar pari-pari tersebut. Setelah menghampiri pari-pari yang dikejarnya tadi, dia melihat ada empat lagi pari-pari lain di situ. Ketika Ariana menghampiri mereka, mata mereka semua tertumpu pada Ariana dan berharap bahawa Ariana nampak akan kewujudan mereka. Hal ini kerana mereka sudah lama tidak menjumpai kanak-kanak yang boleh nampak kewujudan mereka, setelah menghampiri mereka Ariana pun bersuara "pari-pari?, korang betul-betul wujud?!" dengan nada teruja. Mereka pun teruja bersama Ariana dan menjawab "Ya!" secara serentak, salah satu pari-pari yang berada di situ bernama Erisa dia terlalu gembira lalu berkata "yeahhh!akhirnya ada pun budak yang nampak kita" Ariana hanya membalas kata-katanya dengan senyuman. 

Manakala Pari-pari yang bernama Ray berkata " terima kasih kerana mempercayai kewujudan kami dan membesar sebagai seorang gadis yang baik" kepada Ariana. Lalu mereka pun berbual dan bermain bersama Ariana tetapi disebabkan masa berlalu dengan pantas dan sudah tiba masa untuk dia pulang bersama rakan-rakan sekolahnya Ariana pun bertanya kepada mereka "boleh saya datang sini dan bermain dengan korang semua lagi?" Rynn pun menjawab dengan pantas "mestilah boleh". "Kita orang sentiasa ada disini, datang lah main dengan kita orang lagi" kata Carl. "Jumpa lagi Ariana" kata Bii. Ariana pun membalas mereka "terima kasih semua, jumpa lagi!" lalu pulang ke rumah bersama rakan-rakannya.

Sejak hari itu, Ariana selalu ke sana untuk bermain dengan mereka pada waktu petang atau malam. Ariana selalu membawa makanan untuk mereka ketika dia datang untuk bermain bersama mereka. Manakala Erisa, Ray, Rynn, Carl dan Bii sentiasa berada di sana dan menunggu kehadiran sahabat baik mereka Ariana.

Sejak itu, perkara ini telah menjadi rahsia Ariana dan juga penghuni tasik tersebut. Oleh itu,  tiada sesiapa pun yang tahu kemana Ariana pergi ketika dia keluar dari rumah. Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa mereka kerap melihat Ariana di kawasan tasik tersebut tetapi mereka menyangka bahawa Ariana suka melihat pemandangan dan membaca buku disana, hal ini kerana Ariana sentiasa membawa buku ke sana supaya tiada yang pelik apabila melihatnya bersendirian disana.

 Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa mereka kerap melihat Ariana di kawasan tasik tersebut tetapi mereka menyangka bahawa Ariana suka melihat pemandangan dan membaca buku disana, hal ini kerana Ariana sentiasa membawa buku ke san...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akan bersambung...

Ketika Ariana sedang bermain dengan pari-pari di tasik seperti biasa tiba-tiba muncul seorang budak lelaki yang boleh nampak kewujudan  pari-pari di Tasik Sri Emas. Apa yang akan berlaku?Apa pula kisah budak lelaki tersebut?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ariana dan Tasik Sri EmasWhere stories live. Discover now