Bab 1

1.5K 93 4
                                    

Aku mengusap mukaku. Dua kali berturut-turut aku kalah dengan dua mamat ni. Mereka berdua ketawakan aku.

"Itulah engkau, dah tahu selalu kalah,nak main juga. Kan dua kali kalah tanpa henti!" Kata Hashim sambil mengira duit yang sudah dimenangi hari ini. Mereka sambung ketawa. Aku mencaci maki mereka didalam hatiku. Sambil itu, aku menjeling tajam ke arah mereka.

"Dah lah, aku nak blah." Jawabku. Hati aku rasa panas kalau aku lepak dengan Hashim dan Zarol.

"Eh,merajuk ke? Kau ini memang budak kecil lagi lah. Sikit-sikit merajuk." Ketawa mereka semakin kuat. Malas aku untuk melayan mereka. Aku menghidupkan enjin motor lalu pergi balik ke rumahku.

Aku melangkah masuk ke rumahku. Ternampak ayahku yang sedang baring di tengah ruang tamu. Aku buat-buat tidak nampak.

"Zif.." Hish, apahal dia panggil aku pula? Aku menoleh ke arah ayahku.

"Apa?" Jawabku keras.

"Razif pergi mana? Dah senja baru nak balik?"

"Ayah, kenapa ayah sibuk dengan hal Razif? Biarlah Razif nak buat apa! Ada ke Razif sibuk dengan hal ayah? Takde kan?!" Aku tinggikan suara. Tiba-tiba emak keluar dari biliknya.

"Razif, kenapa cakap dengan ayah macam itu? Tak baik tau!"

"Mak, ajar sikit ayah ini. Buat Razif sakit hati aje." Lepas aku keluarkan kata-kata itu, aku terus masuk ke dalam bilik. Ini bukannya mood aku untuk cakap dengan dua orang itu.

Tepat 8 malam, aku melihat telefon yang sudah 100% baterinya.

"What? 8 missed calls? Tini??" Tini, girlfriend aku telefon aku? Aku cuba menelefon dia.

Awak, kenapa awak tak angkat? Saya call awak banyak kali tau! Tini memulakan perbualan.

Er.. S... Sorry Tini.. Saya lupa nak bawa phone masa saya pergi jalan-jalan dengan kawan saya. Bohongku. Padahal aku pergi berjudi tadi.

Err.. Kenapa awak call saya? Ada benda penting ke?

Ish, awak ni memang pelupa eh? Aku semakin bingung. Apa maksud dia?

Saya tak faham. Apa maksud awak ni? Aku terdengar suara dia mengeluh.

Semalam,awak dah janji, kita berjumpa kat restoran yang biasa, tapi dua jam saya tunggu, awak tidak ada pun muncul! Seriously, aku betul-betul lupa.

M... Maafkan saya, Tini. Saya betul-betul lupa. Tidak silap aku, ini dua kali aku minta maaf dengan dia hari ini. Huhuhu.

Lain kali,jangan buat macam ini lagi,tau!

Okay,dear! I ngantuk ni. I miss you, bye! Aku segera menamatkan perbualan. Aku ngantuk gila. Ini masanya untuk aku tidur dengan lena.

Aku membuka mata. Aku terasa panas sangat, sedangkan kipas ini aku buka dengan kekuatan maksimum. Jam? Baru 4 pagi. Aku sendiri rasa pelik. Kenapa aku asyik bangun masa pukul 4? Ah, malas aku untuk fikir pasal itu. Sekarang ini, aku nak sambung tidur. Tetapi dah nak 15 minit aku cuba tidur, tapi tak tidur-tidur. Aku cuba membuka handphone aku. Cerah sangat pula telefon aku ini. Aku menekan instagram. Apa yang aku tengok kat instagram ni keluar benda sama saja. Gambar girlfriend aku, kawan aku, cikgu aku. Itulah yang asyik keluar. Sebab itulah aku jarang buka instagram. Lagi satu, baru dua hari yang lepas, aku reti guna instagram. Huhu.

Aku tengok followers aku ni pun.. Hmm... bukannya banyak. Baru dua puluh lebih. Cis.

Masa aku tengah scroll, aku terjumpa satu quote.

Dunia aman? Bagaimana kau boleh kata aman sedangkan 90% umat islam tinggalkan solat secara sengaja?

Aku mula termenung. Solat? Aku terpandang sejadah aku yang sudah berhabuk. Aku termenung seketika.

"Ah, aku masih muda. Masih ada masa untuk hidup. Esok-esok nanti, aku solatlah." Kataku. Aku menutup telefon aku lalu tidur semula selepas aku menguap beberapa kali.


Kisah Si Pendosa [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن