Perfecto

271 23 3
                                    

[Baju yang Chorong pakai]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Baju yang Chorong pakai]

———~❤~———

Derapan kasut tumit tinggi yang datang dari seorang gadis membuatkan semua orang yang berada didalam rumah mewah itu memandangnya.

Ada yang memandangnya dengan tatapan kagum diatas kecantikannya dan ada juga dengan tatapan cemburu. Well biasalah manusia kan?

Pancaran dari lampu kamera mula terpancar kearahnya namun gadis itu masih memaparkan reaksi yang sama. Angkuh. Sesuai dengan gaun merah darah yang di kenakan. Bibirnya pula langsung tiada senyuman yang dipamirkan.

" Ya mari kita berikan tepukan gemuruh kepada anak tuan park yang baru sahaja balik dari luar negara "

Kata pengacara majlis. Dengan segera tepukan dari tetamu kedengaran bergema. tuan park memberikan senyuman mesra kepada anaknya sebelum menyuruh gadis itu berdiri disebelahnya.

Berdiri sahaja gadis itu disebelah ayahnya, pinggangnya mula dipeluk mesra oleh lelaki itu.

tuan park memandang sekilas kearah anaknya sebelum memandang semula kearah semua tetamu. senyuman segera dipamirkan terutama sekali kearah kamera.

" behave. park. chorong. please. smile. "

Bisik tuan park sambil menekankan satu persatu ayat yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

Mendengar kata kata tuan park sebentar tadi, gadis yang bernama park chorong itu segera memberikan senyuman kepada orang yang hadir. Jelas bahawa senyuman yang ditunjukkan itu adalah palsu. Sengaja mengaburi mata kamera.

pengacara majlis memberikan mikrofon kepada tuan park dan tuan park menyambutnya. mikrofon itu didekatkan kemulutnya.

" Terima kasih kepada semua yang hadir. Majlis ini sebenarnya untuk meraikan satu satunya anak saya yang baru sahaja balik dari luar negara "

Tuan park memandang chorong sambil memautkan tangannya kearah bahu gadis itu. senyuman kekal menemani bibir orang tua itu.

Chorong memandang kearah lain. Sedaya upaya dia untuk mengawal reaksi wajahnya agar tidak ketara yang dia tidak selesa jadi bahan tontonan tetamu yang hadir walaupun hakikatnya dari dulu lagi gadis itu menerima perhatian dari ramai orang hanya kerana dia anak tunggal kepada pewaris empayar terkenal dikorea yaitu appanya sendiri.

Menjadi anak kepada orang yang terkenal memang benda yang diimpikan oleh semua orang tapi percayalah iya memang benda yang susah dan gadis itu tak pernah sukakannya.

Dulu dia belajar di Universiti korea pun dia tidak mempunyai kawan semua anggap dia lawan walaupun tiada sesiapa pun yang berani melawannya.

Sombong. Angkuh. Dingin.

3 perwatakan ini yang selalu dia dengar bila orang mengumpat pasalnya. Ramai gadis satu universitinya cemburu dengan dia hanya kerana dia popular dan kaya.

Semua lelaki yang cuba pikat hati dia dulu pun semua untuk duit. tiada benda lain. Sebab itulah gadis itu tidak pernah menyukai kehidupannya.

Kehidupan yang penuh dengan kesempurnaan, kemewahan

tapi..

Langsung tiada kebahagian

———————

PerfectoWhere stories live. Discover now