𝑏𝑎𝑏 9

17.1K 640 14
                                    

Dilan duduk disisi katil hospital Melissa, sambil menunggu gadis itu tersedar. Mahu tercabut jantung nya bila dia berpatah balik tadi, dia mendapati Melissa terbaring tak sedarkan diri, nasiblah dia cepat-cepat membawa Melissa ke hospital. Kalau ada apa-apa jadi kat Melissa, Dilan sumpah tak akan memaafkan diri nya sendiri.

Dilan merapatkan tubuh ke tubuh Melissa yang terbaring di atas katil hospital, wajah tenang Melissa ditatap Dilan.

Dilan mencapai tangan Melissa, lalu tangan kecil gadis itu digengam lembut. Terasa panas tangan Dilan apabila bersentuhan dengan kulit Melissa.

"Mel. Bangunlah..."

***

"Mel kat mana ni?"

Baru sahaja Dilan ingin melepaskan tangan Melissa, gengaman tangan nya dibalas Melissa kuat, seolah-olah tak mahu melepaskan nya pergi.

Dilan arahkan pandangan ke mata bulat milik Melissa yang tadinya tertutup rapat. Dalam hati Dilan bersyukur kepada Tuhan.

"Alhamdulillah, kau dah sedar!"

Melissa mengerutkan kening nya. Cuba mengingati apa yang terjadi, agak lama dia berkeadaan seperti itu, merenung wajah Dilan. Sebelum Melissa tiba-tiba melepaskan tangan nya daripada gengaman Dilan.

Berusaha Melissa ingin bangkit daripada katil, namun pantas Dilan menghalang.

"Hey, kau nak pergi mana?"

"Mel nak balik. Mel kat hospital kan? Mel nak balik."

Rengek nya apabila Dilan memaksa nya untuk baring semula di atas katil.

Dilan mengeleng.

"Doktor tak suruh kau balik lagi, kenapa degil sangat ni? Kau demam tahu tak."

Terkebil-kebil Melissa apabila Dilan meletakkan tangan milik nya, di dahi nya sendiri.
Panas nya. Bisik Melissa dalam hati.

"Mel.."

Dilan kembali melabuhkan punggung nya diatas kerusi. Tangan sasa nya disilangkan ke dada, sambil mata nya bergerak melihat wajah polos Melissa. Dilan tergelak kecil tanpa dapat ditahan. Too cute to handle.

"Abang tak marah Mel?"

"Kenapa pula aku nak marah?"

Soalan dibalas soalan. Dilan masih meneliti setiap perubahan diwajah Melissa, dengan senyuman yang terpamer diwajahnya.

"Pasal kak Lily? Mel ingat abang marah Mel. Mel minta maaf, Mel tak sengaja pun nak tolak dia. Dia yang datang, tiba-tiba serang Mel."

"Dah la. Aku nampak apa yang jadi. Aku percayakan kau, pasal Lily tu. Biarkan je apa dia nak buat, kau jangan takut, aku dah janji kan aku akan jaga kau?"

Melissa menghadam setiap butir bicara Dilan. Lega dia kalau Dilan tak marah dia, dia risau sangat. Dia dengan Dilan hampir berbaik.

"Mel lega kalau abang tak marah Mel."
Kata nya perlahan je.

Dilan tersenyum nipis.

"Aku tak marah. In fact, aku marah Lily lepas aku hantar dia balik rumah tadi."

"Boleh Mel tanya something?"

DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now