Sesi Ta'aruf

196 24 11
                                    

Nama:
Boleh awak perkenalkan diri? Nak kawan dengan aku? Aku sentiasa membuka ruang hatiku terima kamu dengan ikhlas dan Insha'Allah,aku akan cuba bantu support awak. Awak tegur silap saya, saya tegur silap awak, barulah jadi sahabat sejati kan!

Nama aku Noratiqah, mahupun kawan-kawanku lebih gemar memanggil aku Atiqah. Namun, kebanyakannya di media sosial aku menggunakan nama Nora sebagai perkenalan diri.

Disebabkan ramai kenalan yang mempunyai nama Atiqah/Atikah, jadi aku menukar panggilan supaya awak semua tidak keliru antara nama aku dengan nama teman yang lain.

Umur:
Umurku pula enam belas tahun. Awak pula umur berapa ya?

Hobi:

Aku minat melukis sejak kecil. Aku ulang MINAT ya, BUKAN mahir! Dahulu aku sering menconteng kertas dengan pensel bila adanya waktu lapang, tetapi sekarang makin jarang.

Hasil lukisan aku turut semakin kurang dan sudah tentu aku tidak tahu mana aku letak lukisan-lukisan itu.

Aku sudah kurang melukis kerana kesibukan waktu belajar serta perkembangan media massa. Namun begitu, waktu lapang aku masih terisi dengan munculnya hobi baru iaitu membaca.

Kadangkala hobi aku berubah-ubah mengikut masa tertentu.

Tak kira masa lapang tu muncul bila, ada mood juga.
Aku akan melukis bila bosan teramat, aku akan membaca bila ada rasa nak membaca, aku tengok drama bila waktu makan haha. Banyak lagi sejak remaja ni, berubah-ubah hobi aku.

Cita-cita, aku hendak jadi pensyarah tapi tu la. Aku masih tengah berusaha untuk mencapai hasrat, sebab aku bukan sekadar kurang fasih berbicara apatah lagi apabila berdepan dengan orang yang kurang bercakap dengan aku. Ramai yang anggap aku seorang pendiam.

Walaupun begitu, aku tetap berusaha untuk menjadi teman yang baik. Ada waktunya juga, aku pernah terasa semasa berbual dengan ramai orang kerana topik perbincangan tidak sehala tujuan yang aku fikirkan.

Di media sosial pula lain ceritanya, aku boleh sahaja berbual-bual rancak dengan orang tanpa memandang muka dia. Contohnya sembang melalui talian, mesej dan lain-lain lagi. Ha begitu.

Tempat Tinggal:

Aku ialah orang Perak, Utara. Sememangnya aku tak fasih nak bercakap dalam bahasa Perak pekat tu.

Sebab,

Aku sudah terbiasa menggunakan loghat Utara sebagai bahasa harian. Berdasarkan Google map yang aku pernah tengok semasa menyelesaikan tugasan geografi dahulu, kampung aku terletak berdekatan hutan tetapi tidaklah dalam hutan sangat.

Ya, budak kampung ja. Uniknya, bandar kami dekat sangat dengan sempadan luar negeri. Iaitu sempadan Perak, Kedah dan Pulau Pinang, senang sahaja merentas negeri. Dahulu selalu la pergi Kedah merentasi Sungai Kerian. Bukan apa, hidup pinjaman Tuhan jadi bersyukurlah, hidup di tempat yang aman sejahtera tanpa ada peperangan dan pertumpahan darah.

Sempena hari ni hari raya, bersamaan 2 Syawal.. rasa sepi sangat sebab tak boleh beraya jauh-jauh, lagi-lagi ada arahan tak boleh merentas negeri . Jawapannya, aku duduk rumah sambil makan kuih raya ciput ja ni. Uhuks!

Ada pertanyaan lagi tak, aku tak tahu nak bebel apa ni, sebagai permulaan story ini ditubuhkan suka citanya aku nak sangat mengenali para readers yang membaca ini.

Nak juga rapat-rapat dengan awak. Ya, aku jadi diri sendiri kat sini. Aku dah kesal dengan kisah silam. Hermm.

Apa-apa tanyalah kat komen.

Ku Bersuara💬Where stories live. Discover now