Kawan

11 1 0
                                    

kawan?

apa definisi kawan yang sebenarnya ya?

kalau dah berbual dikira kawan ke?

kawan tu dijamin takda niat jahat kat kita ke?

sekarang ni banyak aje kes kawan makan kawan.

sabotaj kerja...buruk2 kan kita kat belakang...bukak aib kita...sailang boyfriend...dan yang paling tak boleh blah ada jugak yang sanggup sailang suami kawan!

ish ish ish...

apa laa nak jadik dengan kawan zaman sekarang ni..

panggilan kawan tu seolah dah takde value.

orang berkawan sebab nak femes.

orang berkawan sebab nak tumpang harta.

orang berkawan sebab nak mempergunakan antara satu sama lain.

sebab tuu laa sekarang ni aku takut sangat nak mengaku someone tu kawan.

sebab mungkin dalam kita anggap dia kawan sebenarnya dia hanya anggap kita kenalan.

tapi untuk kawan yang appreciate relationship kitorang aku lebih suka panggil diorang SAHABAT.

kawan yang betul2 menghargai harga sebuah persahabatan je yang layak dipanggil sahabat.

tolong bila susah.

bila susah pulak tak sanggup nak menyusahkan.

sama2 ajak ke arah kebaikan.

keburukan pulak seboleh mungkin dijauhkan.

sedia dengar masalah dan luahan walau tak mampu nak betulkan.

hanya mampu jadik kain yang menyerap air mata..

bantal yang menjadi peneman sunyi..

radio yang berceloteh menghiburkan hati..

dan menjadi air sejuk yang memberi ketenangan.

sahabat...

yang sentiasa ada disisi..

menjadi penahan tatkala kita mahu tersungkur..

menjadi penyokong yang menetapkan jati diri..

menghulur tangan menolak kita untuk lebih ke hadapan..

sahabat itu...

mohon dihargai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HUNNY🐣Where stories live. Discover now