Chapter 1

23 1 0
                                    

Izzyan mendongak kepala, melihat permandangan awan yang terbentang luas di langit. SubhanAllah, tenangnya! Cantik betul corak awan yang terbentuk sekarang ini. Tak tahu kenapa, dia suka sangat pandang awan. Habit mungkin? Ada satu rasa bila tengok awan yang buat dia rasa tenang gila sampai meresap ke dalam jiwa. Dapat dia rasa angin sayup-sayup menerjah ke mukanya. Sesekali tudung pun terikut sama dengan pergerakan angin tika itu. Indah sungguh ciptaan Tuhan yang serba lengkap ini.

Izzyan memejamkan mata. Seketika kemudian dia cuba membayangkan apa yang bakal terjadi jika bumi ini sudah sampai ke tarikh luputnya? Dia manusia biasa. Tipulah kalau dia kata dia sudah bersedia. Kalau tanya sejuta manusia di muka bumi ini pun, pasti jawapan mereka sama. Masih banyak lagi amalan yang dia perlu kumpulkan sementara dia masih ada lagi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Tapi itulah, manusia sering kali terleka. Air liur ditelan kesat. Kadang manusia ni kena sentiasa diingati dan mengingati, yang kita ni hidup pun hanya pinjaman. Tak semua yang kekal.

Usai mentarbiah diri sendiri, matanya dibuka melihat keadaan sekeliling. Masih sama. Keadaan di Taman Tasik Ampang Hilir ini masih sunyi walaupun jarum jam hampir menunjukkan pukul 8:30 pagi. Kelihatan hanya beberapa orang sahaja yang berada di sini. Lagipun sekarang ini waktu bekerja. Jadi tak peliklah kalau hari ini agak lenggang berbanding hari minggu. Sedang Izzyan asyik melayan perasaan sambil berehat di atas rumput yang menghijau setelah berjogging tadi, tiba-tiba dia rasakan ada satu objek yang sejuk hinggap di pipinya. Agak kasar sehingga terdorong jugalah kepalanya ke tepi. Kesan daripada refleksi itu, dia menoleh.

"Oi, apa ni?!" katanya agak bengang kepada manusia yang mula mengambil tempat di sebelahnya.

"Nah"

Tin coke yang tadi dilekatkan di pipi kini dihulurkan kepada Izzyan. Izzyan memerhatikan saja lagak selamba manusia di sebelahnya. Tak rasa bersalah ke apa dia ni? Dengan geram, Izzyan menyambut.

"Kau kenapa main lekat-lekat tin yang sejuk tu kat pipi aku? Kena sampuk ke?" Izzyan bersuara sambil mata dijulingkan ke atas. Tak tahulah apa motif sebenar dia ni. Cakap dengan mamat ni kena tahankan hati. Dah buat orang bengang bukan nak minta maaf. Lepastu buat muka innocent dia tu. Nasib apalah dapat sepupu macam ni?

"Dah engkau tu ha yang mengelamun sampai bunyi tapak kasut aku pun kau tak dengar, tu yang aku dapat idea letak coke kat pipi kau macam yang Shinichi 'kesayangan' kau tu buat" berkatalah si sengal dengan selamba. Sengaja ditekankan ayat 'Shinichi kesayangan' itu.

Izzyan menjeling kasar. Peh. Perli tu weh, perli! Nak kata Izzyan ni macam budak-budak lah tu! Semua orang memang tahu yang Izzyan ni peminat tegar anime Detective Conan. Ala, anime tentang kes penyiasatan tu. Manakan tidak, hampir setiap perkembangan siri anime tersebut Izzyan ikuti termasuklah dari manga, episod dan movie sudah Izzyan khatam banyak kali. Padu kan? Dan dari situlah, topik ini selalu dibangkitkan oleh sepupunya itu untuk dijadikan modal pergaduhan. Macam sekarang. Sepupunya ini sedang mengajuk perbuatan Shinichi. Dia, si Izhar ni? Nak tiru Shinichi? Minta simpang!

Rasa macam nak tepuk dahi sendiri. Tak sama langsung weh! Si Shinichi tu buat kat Ran lembut je. Adalah juga feel romantik dan kasih sayang. Siap senyum lagi. Ala manehnya potong kaki! Izhar? Hmm tak payah cakap, memang kasar gila! Macam nak tonyeh-tonyeh muka Izzyan ke tanah je lagaknya. Okey Yan, sabar. Huh.

"Aku rasa tadi aku suruh kau beli air mineral kan? Mana sesat tetiba air coke yang kau pergi beli pula?", tanya Izzyan dengan sinis. Geram sebenarnya! Sebab tu cari pasal tetiba ni.

"Tadi aku dah nak beli dah air mineral, nampak pula air coke dalam peti ais terus terkenang pula aku dekat sepupu aku ni yang hantu coke, tu yang aku kaut terus" ha tengok ada je dia nak jawab. Izhar mula berura-ura untuk baring sambil tangannya disilangkan ke belakang kepala sebagai alas di atas rumput tersebut. Beberapa saat kemudian, matanya tertutup. Betullah aku cakap dia ni memang tak tahu malu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

How Time Changed...Where stories live. Discover now