𝑏𝑎𝑏 34

9.9K 455 118
                                    

"I fikirkan, wedding kita nanti I nak yang paling grand sekali, I nak pakai diamond crown, and heels I pun kena ada diamond. What do you think?"

Lily memaut manja lengan Dilan, mata-mata pengunjung shopping mall yang lain tidak dihiraukan, semakin orang tengok. Semakin Lily buat gaya menggedik.

Dilan disebelah sudah rimas, ikut harini dan 15 kali mereka beli barang-barang perkahwinan yang Lily idamkan, bila sampai rumah ada je benda yang tak kena.

"You dengar tak apa I cakap?"

Lily merengek disebelah Dilan. Merengek mahukan perhatiaan daripada lelaki itu.

"I dan bagitahu you kan, just do what you want. I don't care."

"Mana boleh macam tu, yang nak kahwin tu kita. Tak best lah kalau I decide sorang-sorang. You ni memang tak sayangkan I kan?"

"Sejak bila I sayangkan you? I kahwin dengan you, because of your baby. Kalau tak. I tak hadap lah dengan you ni."

Dilan menyindir Lily. Lily tunjuk muka tak puas hati, terus sahaja lengan Dilan dilepaskan.

Dilan mengeleng sebal, Lily sudah berhenti berjalan, memandang ke arah lain sambil berpeluk tubuh. Sudah jauh sedikit Dilan berjalan, baru lelaki itu sedar yang Lily masih tertinggal dibelakang

Dilan menyumpah seranah didalam hati. Tanpa berfikir panjang, Dilan berpatah balik mendapatkan Lily.

"You ni kenapa? Boleh tak jangan nak tunjuk merajuk tu kat sini. You tak malu ke orang tengok?"

"Biarlah orang tengok, biar. Bakal suami sendiri sanggup buat macam ni kat isteri sendiri. Great!"

Dilan melepas keluh.

"I'm sorry, dahlah jom. Banyak lagi kan kedai you nak singgah?"

"Kenapa tak tak pu- Auch!"

Lily mengerang apabila tubuh nya hilang keseimbangan, kaki nya yang bersarung kasut tumit tinggi 4 inci tersalah langkah, tersadung pada kain hujung kain skirt yang dipakai nya.

Tak tunggu lama, pantas Dilan cepat-cepat menyambut tubuh Lily yang bila-bila masa sahaja akan mencium lantai.

Nasiblah sempat, Lily menangis tiba-tiba didalam pelukan Dilan sambil memegang perut nya. Atau erti kata lain, memegang satu-satu nya penyebab Dilan akan menjadi miliknya.

Wajah Lily kelihatan pucat tak berdarah.

"Hey. Are you okay?"

Dilan jadi cemas! Kang tak pasal-pasal pulak jadi bidan terjun gara-gara Lily harini. Fuh, jauhkan bala.

"I'm not okay, bawa I pergi klinik please, perut I kejang."

Kata Lily tak berdaya, dengan mata yang terpejam rapat, nafas nya pula turun naik.

Dilan memapah Lily perlahan-lahan, sambil minda nya ligat berfikir gerangan yang tiba-tiba sahaja muncul dan menolak Lily ke tepi.

Semua yang berlaku dengan pantas. Tapi kenapa Dilan rasa orang tadi macam familiar? Hm.

***

Hayati tersedar dari lena nya apabila bunyi orang batuk terdengar ditelinga.

Laju Hayati angkat kepala, mata digosok perlahan.

"Ya Allah! Anak ibu..."

Kalut Hayati menekan punat dihujung katil sebelum tangan nya dihalang Nik, wajah pucat Nik menjamah pandangan mata.

DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now