One

32 1 0
                                    


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Menanti hari jumaat malam sabtu terasa sungguh lama baginya. Hari di mana dia dapat bertemu dengan Ustazah yang datang untuk memberi ceramah di surau berdekatan dengan kawasan rumahnya. Punya lah teruja sampaikan nak pergi sekolah sarung kasut salah!

"Kamu nak kemana pakai kasut sukan Dahlia?" Suara Puan Zahirah aka Ibu bertanya.

"Ha? Dahlia kan pakai baju kuru---" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia memandang kebawah. Allah! Dia menepuk dahi. Tak sangka otak tak seiring dengan perbuatan.

"Ibu nanti jemput Dahlia pukul 5 petang ya. Harini Dahlia bertugas." Kata Dahlia sambil mencium tangan ibunya. Kebiasaannya dia akan pulang lewat petang pada hari jumaat memandangkan dia pengawas pusat sumber yang sangat amanah.

"Ibu ambil lepas isyak la senang. Habis tazkirah Ustazah Asma Harun di surau baru ibu datang ambil kamu." Seloroh Puan Zahirah. Saja menyakat anak daranya nan seorang ni.

"Jangan la macam tu ibu. Dahlia dah lama nak jumpa ustazah ni." Kata Dahlia lurus. Niatnya ingin ke sekolah terus hilang. Padahal sebelah kaki sudah keluar daripada pintu kereta. Dah sampai depan sekolah dah pun!

Dahlia melihat jam ditangan. Kebiasaannya setiap kali dia sampai ke sekolah pasti dia melihat jam ditangan. Walaupun dia sering sampai ke sekolah tepat jam 7 pagi namun dia akan melihat jamnya seperti perkara itu wajib dia lakukan setiap kali dia melangkah masuk pagar sekolah. Umurnya yang telah mencecah 16 tahun tetapi fikirannya cukup matang berrbanding mereka yang sebaya dengannya. Umur hanya sekadar angka, bukan mencerminkan identiti sepenuhnya.


******

Azan maghrib berkumandang. Seruan Illahi terus dilaksanakan dengan penuh keikhlasan tanpa berlengah. Kata orang, solat yang sempurna sukar dilakukan kerana hidup banyak komitmen dari segi kerja dan sebagainya. Tidak dinafikan, kadang manusia mudah terleka dengan timbunan kerja sehingga melengahkan solat. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, pasti seruan-Nya kita segera lakukan.

Kadang, manusia tidak jelas apa itu solat yang sempurna. Terdapat pelbagai cabang untuk menghuraikan solat yang sempurna.

-solat diawal waktu.
-solat dengan kusyuk.
-solat dengan tomaqninah
-solat dengan ikhlas.
-membaca alfatihah dengan betul.

Jika ingin senaraikan, terlalu banyak. Apa yang akan meyakinkan kita untuk solat diawal waktu dan istiqamah dalam menunaikan solat, belajar apa itu solat. Faham dan hadam mengapa Allah memerintah semua umat islam wajib menunaikan solat. Dengan itu, kita akan mudah melakukan solat tanpa memikirkan soal duniawi. Letakkan dunia di tangan bukan dalam diri.

Dahlia mengetuk pintu bilik ibunya seusai dia menunaikan solat maghrib. Fikirannya kini hanya hendak pergi ke surau. Hatinya tidak sabar ingin mendengar ceramah Ustazah Asma Harun. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia terlebih teruja apabila ustazah itu akan datang ke surau. Dia suka dengan cara penyampaian ustazah yang santai penuh dengan hikmah. Apabila ada masa terluang, Dahlia akan menonton video ceramah Ustazah Asma di YouTube.

Pintu dibuka daripada dalam. Terserlah wajah Puan Zahirah yang telah dimamah usia tetapi tetap cantik seperti umur 17 tahun! Puan Zahirah mengenakan telekung Siti Khadijah yang terletak elok di kepala. Sudah bersiap sedia untuk ke surau.

Dahlia dan Puan Zahirah berjalan kaki ke surau memandangkan surau berdekatan tidak sampai 500 meter. Jalan kaki 3 minit dah sampai!

Selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah, maka bermula lah tazkirah ringkas daripada ustazah yang ditunggu-tunggu. Tajuknya ringkas tetapi sangat bermanfaat jika diamalkan.

"Amalan orang yang soleh, orang yang dekat dengan Allah, orang yang sabar, mudah reda dengan Allah, sentiasa bahagia walaupun dalam ujian, walaupun sempit tetap rasa lapang, sakit tetap rasa sihat, ketika diuji tetap rasa dalam nikmat Allah iaitu seseorang yang ada keteguhan hati asbab melakukan ibadah tahajjud atau dipanggil qiamullail." Ustazah 'Asma berjeda seketika. Kemudian disambung dengan bacaan ayat al-Quran.

Firman Allah dalam surah 'Isra ayat 79 yang bermaksud "Daripada sebahagian malam, maka bertahajjudlah kamu kepada-Nya sebagai ibadat tambahan sunat bagimu, mudah-mudahan Allah menaikkan darjat kamu pada kedudukan makam yang terpuji"

Kita hidup ni, bukan untuk dipuji oleh manusia, bukan untuk disanjung oleh semua orang. Kita mahu dipuji oleh Allah. Bila kita dapat pujian daripadaNya, maka seluruh penduduk bumi akan turut sama memuji kita.

Sebab itu banyak manfaat bagi orang yang melakukan tahajjud. Para sahabat dahulu tidur sekejap tetapi beribadah lebih lama. Beza kita dengan sahabat, mereka beribadah lebih kurang 7 hingga 8 jam pada waktu malam. Tidur hanya sedikit. Tetapi kita terbalik, tidur 8 jam bangun malam sejam sebelum subuh.

Empat makanan nafsu yang patut kita elak;
- tidur yang berlebihan
- makan yang banyak
- banyak bercakap
- banyak beristirehat.

Semoga kita semua dalam lindungan Allah dan diberi hidayahNya kepada kita."

Tazkirah yang ringkas tetapi bermanfaat ini menyentak sanubari. Dahlia sempat mencatat isi-isi penting untuk diamalkan. Benar, masa untuk dunia lebih banyak berbanding masa untuk melakukan ibadat kepada Allah. Tidak dinafikan, menjadi seorang pelajar sangat mencabar. Kadang, pulang lewat petang, hanya dapat menunaikan solat yang wajib dan membaca al-Quran sahaja. Tidak terfikir untuk melakukan ibadat tambahan seperti tahajjud. Bangun pada waktu malam pun hanya untuk belajar, bukan untuk solat.

Allah.... Maafkan hamba Mu ini yang leka dengan dunia yang sementara ini. Berikan rasa takut dan keinsafan dalam hatiku.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Dahlia dan Puan Zahirah masing-masing dalam dunia sendiri. Menyesal dengan diri yang sentiasa leka dan masih lagha dengan dunia. Tanpa sedar, kematian semakin menghampiri. Semoga semua umat Islam mati dalam keadaan husnul khatimah.

"Dahlia..." Panggil Puan Zahirah. Terus matanya melihat wajah anak perempuannya.

"Ya ibu?" Jawab Dahlia dengan lembut.

"Dahlia kenal lelaki tadi?" Soal Puan Zahirah.

"Lelaki mana?" Soalan dibalas soalan. Dahlia mengerutkan kening pelik. Tiba-tiba sahaja ibunya bertanya tentang lelaki.

"Lelaki yang pakai baju hitam, jam pun hitam" Balas Puan Zahirah. Menambahkan lagi kerutan kening anaknya.

"Tapi orangnya putih bukan hitam.." sambung Puan Zahirah dengan tawa kecil.

"Kenapa ibu tanya? Dahlia tak perasan la pula tadi." Kata Dahlia dengan rasa ingin tahu.

"Ibu tengok dia macam cina tapi datang surau. Kacak orangnya, muka bersih--- astaghfirullah!" Puan Zahirah menepuk dahi. Baru lepas dengar tazkirah dah mengumpat!

"Salah satu makanan nafsu adalah bercakap banyak" Dahlia menghamburkan tawa. Geli hati melihat ibunya menepuk dahi.

"Dia pula tazkirah ibu." Puan Zahirah menggelengkan kepala. Nasib lah ada anak terlebih alim ni.

Sampai sahaja di rumah, Dahlia menghempaskan badan atas katil. Keluhan kecil dilepaskan. Hari yang tiada rehat langsung. Walaupun tak dapat rehat, tetapi dia puas kerana dapat pergi ke majlis ilmu. Walaupun terasa penat sedikit hari ini, namun dia lebih bersyukur sekurang-kurangnya dia memperoleh ilmu akhirat. Kata-kata mutiara daripada Ustazah 'Asma masih terngiang-ngiang dan takkan dia lupa.

Semoga esok, menjadi hari yang lebih bermakna.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga DahliaWhere stories live. Discover now