Part 1

244 11 3
                                    

Rambut yang panjang ditocang dua. Anna tersenyum. Dia terimbau kembali moment dimana heronya , Melvio menyelamatkannya dari Vera yang  membulinya kelmarin.

"Ahhh! Aku memang sedang mabuk cinta ni" Anna tersenyum seorang diri dalam tandas kolejnya.

Namun , senyumannya terus mati apabila menyedari dirinya yang bagai langit dengan  bumi jika dia digandingkan dengan Melvio . Lelaki kacukan korea itu.

" Anna sedarlah ! Yang kau tu tak layak dengan Melvio . Dia kaya . Duit mak bapak dia,
10 keturunan pun takkan habis tau. Berkepuk-kepuk dalam dompet . Hahahah " Satu suara yang amat dikenalinya datang dari belakang. Dhita !

Anna mencebik.

"Kau ni . Sampai hati tak support  kawan baik kau sendiri kan? Tak nak kawan la dengan kau ! " sahut Anna .

"Ehh aku gurau je la. Janganlah ambil hati. Kau ni pun , macam tak biasa je dengan aku yang kuat buat lawak ni " Dhita tergelak sambil memegang perutnya.

"Haah. Lawak hambar " balas Anna kembali lalu mereka ketawa bersama tanpa menghirau mata-mata tajam yang memerhati mereka. Dah biasa !

****

Selepas waktu kolej , Anna kembali ke biliknya dan terus mandi. Selesai sahaja mandi , figura Dhita menghiasi matanya. Ceh!

" Hah aku nak tanya kau ni " ujar Dhita bernada serius.

"Apa dia ? "

" Kau dah ada baju untuk konvo kita nanti ke? "

Anna tersentak.

"Emmm. Konvo kita bila ya? " Soal Anna polos.

Dhita menepuk dahinya. "Tak sangka orang yang dapat dekan setiap semester rupanya dah nyanyuk. Minggu depan lah Anna oi "

"Hah? Minggu depan?! " Mata Anna terbeliak .

Dhita mengangguk. " So kau dah ada baju ? "

Anna menggelengkan kepalanya.

"Belum ada lagi , aku tak mampu nak beli baju. Aku pakai baju yang mummy aku beli tahun lalu jer la. Tak yah membazir." ujar Anna yang dalam diam ingin memakai baju yang cantik ketika konvonya minggu hadapan.

" Ikut suka kau lah Anna. Kalau orang dah cantik pakai baju apa pun tetap cantik " Dhita tersenyum manis.

****

A

nna masuk ke dalam kedai ataupun butik yang memaparkan dress yang sangat cantik. Mata Anna terpaku pada dress tersebut.

Tidak terlalu menonjol dan sesuai untuk konvo kolejnya yang mahal. Namun menyedari kesusahan orang tuanya yang bertungkus lumus mencari duit untuk membiayai yuran kolejnya , dia mematikan niatnya untuk terus menatap dress tersebut.

Sebaik sahaja dia keluar dari butik tersebut , dia tidak sengaja terlanggar bahu seseorang.

"Ehh sorry. Saya tak sengaja " Anna menunduk sopan.

" Takpe. Awak buat apa kat sini ? "

Anna tersentak . Suara ni ?

"Hello ? "

"Ehh Melvio ! Apa awak tanya tadi ? " Anna menyoal kembali sambil tersengih.

"Saya tanya .. Apa awak buat kat sini ? "

"Dah kat kedai butik mestilah beli baju takkan makan pulak ? " ujar Anna selamba.

Melvio menarik muka.

" Tapi takde satu baju pun yang awak beli? "soal Melvion sambil matanya memerhati tangan Anna. kot ada ke baju yang dibeli. Tak lah dia malu nanti. Hehehe.

Anna yang mendengar terus memerhati dress yang menarik perhatiannya tadi. Melvio yang menyedari hal tersebut turut memerhati arah yang dipandang Anna.

" Awak nak dress tu ke ? " soal Melvio sambil memandang ke arah Anna yang lagi rendah darinya.

" Ehh taklah. Emm Melvio saya dah nak balik ni. Nanti Dhita risau pulak . Bye ! " Anna terus berjalan meninggalkan Melvio penuh dengan tanda tanya.


HATI Yang Tersakiti ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora