👶 (01)

909 63 49
                                    

Kisah ini bermula di sebuah rumah di Seoul,Korea Selatan. Kelihatan seorang remaja perempuan yang senang-lenang di atas katil di dalam biliknya. Dia menyandarkan badan pada kepala katil. Sebuah komputer riba di atas peha. Kakinya berlunjur.

Di sebelah kanannya terdapat sekotak piza. Dia begitu asyik menikmati piza sambil menonton drama bersiri Korea yang bertajuk Strong Woman Do Bong Soon dalam komputer ribanya. Youngna yang baru sahaja pulang dari sekolah itu masih belum menukar pakaiannya. Sesekali gelak tawanya kedengaran kerana menonton adegan lucu di dalam drama itu. Sehinggalah gelak tawa itu terganggu dek ketukan pintu.

"Youngna! Kenapa kamu makan dalam bilik?!"

Youngna mengeluh kecil. Dia meletakkan komputer ribanya di sebelah dan turun dari katil. Sebaik sahaja Youngna membuka pintu,dia melihat ibunya,Puan Minhee berdiri dengan bengis yang dibuat serta tangan yang disilangkan. Youngna hanya tersengih.

"Kan eomma dah pesan banyak kali. Jangan makan dalam bilik"

"Youngna tahu tapi hehe. Youngna lapar." Ujar Youngna dengan tangannya menggaru belakang kepala. 

"Macam mana eomma tahu Youngna makan dalam bilik?"

"Piza tu hilang. Siapa lagi yang ambil kalau bukan kamu. Eomma tahu kamu yang ambil jadi eomma cari kamu lah. Eomma panggil kamu tapi kamu tak dengar. Eomma pun terus ke rak kasut. Ha! Kasut sekolah kamu ada. Herm,sah-sah kamu yang jadi pencuri piza tu. Lepas tu kamu bawa naik ke bilik"

Panjangnya Puan Minhee kita membebel ya. Siap buat gaya lagi. Youngna hanya mendengar ceramah dari eommanya dengan sengihan yang masih melekat di bibir. Nasib baik appanya tak ada. Kalau tidak,satu sindiran pula dia kena hadam.

Youngna ni anak tunggal. Lupa nak beritahu readers 😅

"Ya ya Youngna faham. Youngna janji takkan makan dalam bilik lagi" ujar Youngna dengan tangannya diangkat seperti orang mahu berikrar.

Youngna ni tergolong dalam golongan manusia 'janji melayu'. Dah berjanji tapi tak buat juga. Puan Minhee hanya menjeling tajam. Dia melihat ke dalam bilik gadis itu. Matanya membutang.

"Song Youngna! Kenapalah kamu ni pemalas sangat! Tengok tu! 4 botol air coke kecil bawah meja cermin kamu??? Tu kertas bertimbun! Dah macam gunung!"

"Tu bukan malas,eomma. Youngna letak botol-botol kat situ sebab nak buat macam pin bowling. Gumpalan kertas-kertas tu pula nak buat macam bola bowling. Nanti kalau Youngna bosan,Youngna..."

Gadis itu membuat gaya orang melempar bola bowling ke arah pin-pin. Dan tersengih kembali. Puan Minhee mengeluh kasar.

"Aku tak fahamlah budak ni. Sudah! Eomma nak kamu kemas semua ni. Kalau tidak,eomma beritahu appa kamu nanti. Jadilah rajin sikit,macam kawan kamu,Si Hanna tu"

Youngna mencebik. Dia benci bila eomma dan appanya membandingkan dirinya dengan orang lain. Terutamanya dengan Hanna,kawan baik Youngna.

"Yelah...Youngna kemas.."

"Okey. Dah siap kemas bilik,turun makan"

Pintu ditutup oleh Puan Minhee. Youngna yang masih mencebik itu berjalan ke arah timbunan gumpalan kertas bak sebuah gunung dengan langkah malas. Dia terdiam seketika sambil memerhatikan timbunan itu. Dia mengambil beberapa gumpalan kertas dan  menjadikannya satu gumpalan yang besar lalu dilemparkannya ke arah botol-botol tersebut.

"Strike! Huhu!"

Youngna melepaskan keluhan dengan kasar. Dia memandang ke sekeliling biliknya. Buku-buku di atas meja belajar tidak tersusun dengan elok,ada baju yang kotor di kaki katil. Terdapat satu bakul kuning besar yang mengandungi baju-baju bersih.

8 Kids and 1 BabyOnde histórias criam vida. Descubra agora