Bab 1

2.9K 147 3
                                    

*FLASHBACK*

SEORANG gadis sedang berjalan disekitar sebuah taman dengan tenang sekali.Sebuah senyuman tidak lekang dibibirnya.Taman ini taman kesukaannya kerana taman ini menjadi saksi teman lelakinya melamar dia menjadi teman wanita ketika dahulu.Selain itu,taman ini juga menjadi teman 'dating' dia bersama teman lelakinya.

Dia terkaku seketika apabila melihat sebuah susuk badan yang amat dia kenali.Bukan hanya mengenali tapi itu teman lelakinya! Ya! Itu teman lelakinya!

Teman lelakinya sedang berpegang tangan dengan seorang gadis yang dia amat kenal.Gadis itu kawan baiknya sendiri! Mereka bergurau senda di tempat duduk yang memang disediakan disitu.Perlahan-lahan dia mendekati dua pasangan itu dan mendengar perbualan mereka.

"Oppa,oppa tak takut ke kalau Hyo tahu hubungan kita? Sayang tahu kan,Hyo itu garang seperti singa?"Tanya Si gadis.

"Sayang tak payah risau.. Dia tak akan tahu.Oppa dah naik bosan dengan dia dan oppa tak ada perasaan lagi pada dia.. Oppa hanya ada perasaan pada sayang saja.."Si jejaka mengusik si gadis.

Si gadis bermain tangan si jejaka.Si jejaka hanya memandang wajah.

Dia atau dikenali Hyo mendengar perbualan itu dengan hati yang amat sakit.Dia mencintai teman lelakinya dengan sepenuh jiwa.Dia mencintai lelaki itu lebih dari dirinya,mahupun keluarga.

Dia berlari dari situ dan pulang ke rumah dengan hati terseksa.Jiwa dia dah kosong.Bagaikan tiada apa lagi di dalam hidupnya.Dan hanya 4 patah perkataan dalam otaknya,iaitu M.A.T.I !

DIA mengenakan tradisional korea yang berwarna merah terang.Dia mengenakan lipstick di bibirnya dengan merah sekali.Kemudian menyikat rambut sambil tersenyum melihat diri di cermin.

Dia perlahan-lahan menuju ke tengah bilik.Dia menaik kerusi kayu itu dan berdiri atas kerusi itu.Dia memandang ke sebuah kertas di atas meja solekannya.Kemudian memandang tali di hadapannya. "I love you..."Katanya dengan senyuman sebelum kepala masuk ke lubang tali yang bergantung dan menolak kerusinya kasar ke belakang.

Dia mati dengan dahsyat sekali dengan mata yang terbeliak.

"Hyo!!!!"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana? Best tak? Ini hanya permulaan cerita saja.. Kalau suka cerita ini,vote cerita ini.Kalau ada pendapat,sila komen pendpat anda..XD.Cerita ini mempunyai dua penulis iaitu saya,Chee dan Kawan saya,Aqi.Kami berbincang buat cerita ini bersama sama.

So,terima kasih kerana membaca...

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now