What The Fish 🐠

13 3 3
                                    


 

"Tunggu ayah!! Soomin nak pergi funfair!! " seorang anak kecil berlari serta melompat riang di hadapan bapanya. Dia gembira melihat bapanya mengangguk.

"bo--" Baru ingin bersuara isterinya sudah memberi amaran dengan mata di jengil ke arah suaminya. Alahaii

"no! Soomin, dah malam ni. Abang jangan nak manjakan sangat si soomin ni." wajahnya cemberut apabila di bantah oleh ibunya. Botol susu di hulurkan pada anak perempuannya.

"soomin, sekarang dah malam. Tengok jam tu, sudah jam 10 malam. Soomin kena tidur awal. Nanti mama jadi singa.. Ayah tatut~ mimin tak tatut ke? Eeeee" Taehyung mengusap kepala anaknya terus dahinya di kucup setelah berbisik ayat yang terakhir.

Geli hati apabila ayahnya mengejek mama. Soomin terdiam seketika sambil memandang ke arah television  menunjukkan visual sepasang adik beradik yang sedang seronok main bersama.

"Mama.. Ayah.. Bila mama dengan ayah nak beli adik untuk Soomin?" soal anak itu polos. Membuntang mata Hyumin. Hingga dia tersedak air liurnya sendiri. Manakala Taehyung tersenyum nakal ke arah isterinya. Suka dia mengusik buah hatinya.

"soomin...min tidur ya. Dah lewat ni"
Lampu bilik anaknya di tutup. Bilik tidur mereka di tuju.

Hyumin merebahkan tubuhnya ke atas katil. Mata di pejam rapat, terasa ada lengan kekar yang melingkari perut kecilnya.

"sayang. Saya nak ajak awak-" belum sempat ayatnya di habiskan terus di potong oleh isterinya.

"ish apa awak ni. Saya datang bulan"

"sayang ingat saya nak ajak apa hmm?

Hyumin hanya mendiamkan diri. Mulutnya di pukul berkali kali. Darah panas menyerang area wajahnya. Eeeee benci benci benciiiii!! Sis shyshycat

"saya.. nak ajak awak dan soomin ke pulau jeju esok. Kita holiday!

"pantas Hyumin berpusing. Pipi suaminya di tekup membuatkan mulutnya memuncung.

"betul ke ni awak? Eeeee tapi saya tak prepare baju kita lagi. Mana sempat, saya pack sekarang" hyumin bergegas bangun dari katil. Terasa tangannya di pegang.

"sayang... Saya dah tolong pack baju kita pagi tadi. No worries babe" Dada bidang suami menjadi sasaran kepalanya.

Skip

"1...2...3"

Click

"1...2...3"

Click

Soomin pergi ke arah deck? bot persiaran, dalam pada masa yang sama laut tidak begitu tenang

"Ayah! Tangkap gambar soomin dekat sini" pelbagai posing anaknya itu gayakan.

Tiba tiba

Bumm!

"SOOMIN!!"

Pantas Taehyung terjun ke laut. Dia sedaya upaya berenang ke arah Soomin, meredah air laut yang makin bergelora.

"πατέρα, όχι τώρα! "
(Father, not now!)

Mereka semua berlari ke tepi bot untuk menarik taehyung yang masih berhempas pulas berenang semula ke arah bot. Suasana menjadi tegang apabila melihat anaknya semakin lemah

"bertahan sayang! Ayah ada"
Tanpa mereka sedar, ombak besar menghampiri mereka.

"TAEHYUNG!!!"

Sekelip mata, mereka hilang dari pandangan. Air laut mulai tenang seperti tiada apa berlaku.

Jiwanya kosong

Air mata jernih keluar membasahi pipi mulusnya

Hatinya hancur

Hyumin kaku, kelu seribu bahasa..lututnya mulai lemah terus jatuh terduduk.

"puan, banyakkan bersabar. Pihak Marin akan tiba tak lama lagi."

Kru bot segera membuat panggilan kecemasan marin.

Percutian bertukar tragedi.

What The Fish???! KthWhere stories live. Discover now