Siri 1

15 2 3
                                    

Shhh.... mistik!

Malam itu bulan terang. Cahayanya cukup untuk menyinari gelap malam.Bulan purnama. Cerah. Dari kejauhan sayup-sayup kedengaran suara burung pungguk. Pungg-Nggukk,Pungg-Ngukk.... memanggil- manggil sambil menyebut namanya sendiri.

Dalam kamar sepi sudut paling hujung rumah banglo dihujung kampung, Alyssa berbaring diatas tilam empuknya. Matanya terkebil- kebil. Jam dinding sudah melepasi pukul 12 malam namun mata gadis itu tidak mahu pejam. Fikiran melayang-layang. Ada sesuatu yang menganggu kotak imaginasinya. Sudah beberapa hari tidurnya tak lena. Diganggu atau itu hanya mainan tidur. Dia tak pasti. Seolah-olah berada dialam lain namun apabila terjaga ada sesuatu yang membuatnya resah. Gelisah hingga memaksanya berjaga hingga ke dinihari. Ahhh...pedulikan. Ini semua hanya igauan tidur. Tak mungkin benar. Getus hati sang gadis. Namun tatkala dia cuba memejamkan matanya susuk lembaga itu seolah-olah berada disebelahnya. Bermula dengan bunyi cakaran diluar tingkap jendela kamar tidurnya. Berdesit-desit.Mendesah dan seperti bunyi helaan nafas sesuatu... sayup dan perlahan. Dari luar tingkap jendela angin sepoi-sepoi masuk melalui bukaan kecil yang sengaja Alyssa biarkan terbuka. Langsir tingkap melambai perlahan terkena tiupan angin sepoi tadi. Selama ini dia biasa mendengar cerita seram dari rakan-rakannya dan setiap kali itulah dia hanya akan tertawa sinis. Ahh...karutlah! Aku tak percaya. Karut.Ketinggalan zaman la kalian ni. Come on guys...ni era millennium. Tapi...kali ini apa? Hushh! Bunyi cakaran dan mendesah kian menghampiri tilam empuknya!Dari luar tingkap jendela,kemudian seperti bunyi tapak kasut dilantai.

Terasa tekak dahaga Alyssa bingkas bangun dari katilnya. Ketika dia cuba memetik suis lampu biliknya seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya dari celah kain langsir yang melambai-lambai perlahan. Tapp!Alyssa tidak ambil kisah. Terus membuka pintu kamar dan berjalan keluar menuju ke ruang dapur. Aku dahaga. Peduli apa dengan ngongongan anjing di luar sana.

Pada ketika itu dari kejauhan terdengar lolongan panjang anjing- anjing saling sahut menyahut. Bersambung-sambung antara satu sama lain seolah-olah ada sesuatu yang mereka kejar. Ketika menuju ke ruang dapur Alyssa merasa seperti ada sesuatu yang mengikutnya dari belakang. Berdiri bulu tengkuk. Aikk?  Dia ingat suatu masa dulu pernah mendengar cerita dari neneknya bulu tengkuk atau bulu roma secara automatik akan bertindakbalas bila ada ‘infiniti’ berdekatan kita. Itu kata neneknya. Ahhh ...mana mungkin. Karut semua ni. Jauh-jauh ditepis perasaan yang tiba-tiba menganggu benak otaknya.

************

Sejak malam pertama Alyssa diganggu oleh sesuatu itu hingga ke hari ini bunyi cakaran,sosok lembaga hitam,mata merah,bunyi tapak kasut dilantai terus-terusan kedengaran setiap malam apabila jam melepasi pukul 12 malam. Aku bukan penakut. Aku tak takut pada semua ini.Karut!Karut!Karuuut!

************

Ketika cuba memejam semula matanya terasa seolah-olah ada helaan nafas ditepi telinga Alyssa. Apa pulak kali ni? Getus hatinya lalu lantas menarik selimutnya menutupi seluruh tubuh hingga wajahnya. Gadis berusia awal dua puluhan. Berkulit cerah dan memiliki seraut wajah yang menjadi kegilaan pemuda- pemuda setempat. Alyssa Amar bukan nama asing disitu. Sebut sahaja pasti dikenali. Anak seorang tokoh korporat yang terkenal dan cukup disegani. Dato Amar walaupun kaya dan berharta tetapi terkenal sifat dermawan dan merendah diri. Gelaran Dato di pangkal namanya tidak pernah membuatnya lupa diri lupa asal usul. Sebab itu dia jarang menggunakan gelaran itu kecuali untuk tugasan rasmi itupun kerana terpaksa.

************
Didalam sebuah restoran hotel bertaraf lima bintang.....

"Dato I dah luluskan projek Dato kali ini. Minggu depan dah boleh mula..."

“Hahaha(ketawa orang kaya).... bagus Mail. I know that....”

“Errr...tapi kebetulan minggu depan I kena outstation Dato.So assistant I yang akan deal dengan Dato kat site tu”

Misteri Lembaga HitamWhere stories live. Discover now