Prolog

285 13 1
                                    

19 Julai 1X7X

Aku tidak tahu bagaimana ianya bermula... Aku tidak tahu apa puncanya peristiwa itu terjadi... Tetapi apa yang aku tahu... Sewaktu kami sedang menyambut hari lahir Azz yang kelima, secara tiba-tiba sebuah pintu daripada alam lain terbuka menghubungkan dunia ini dengan dunia makhluk mistik daripada alam lain.

Semuanya kelam dan kabur... Aku tidak dapat mengingati apa-apa kecuali jeritan dan darah yang melimpah di merata-rata tempat...

Semuanya berpunca daripada sumpahan yang dikenakan ke atas putera sulung kami, Izz. Ya, ianya adalah sumpahan... Kerana semenjak daripada hadirnya dia, dunia ini dihurung oleh kekacauan dan kehancuran.

***

"Azz!!!" teriak Izz. 

Di dalam kekacauan itu, dia dapat melihat adiknya berada di tengah-tengah kerumunan orang ramai.

Izz cuba untuk mendekatinya namun pergerakkannya terhalang oleh kelompok orang ramai yang berada dalam keadaan cemas dan panik itu. 

Sedang tubuh kecil budak lelaki itu dibawa mengikut arus orang ramai, seorang lelaki bertubuh besar muncul dan mengangkatnya.

"Masrur!"

Izz terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Tunggu di sini, Tuan Putera," kata Masrur lalu dia meletakkan Izz di satu sudut di dalam istana itu. 

Dengan tubuhnya yang tinggi dan berbadan sasa, Masrur menghampiri Azz dengan mudah.

Sewaktu dia semakin hampir dengan kedudukan Azz, suatu jeritan nyaring yang mampu memecahkan gegendang telinga kedengaran bergema dari pelbagai arah.

Masrur segera mengeluarkan pedangnya lalu menerpa ke arah Azz yang sedang dijaga oleh pengawal istana. 

Tsak!

Bilah pedang Masrur membelah tubuh seekor makhluk aneh yang mempunyai sepasang sayap pendek yang tiba-tiba sahaja muncul daripada atas kepala Azz dan pengawalnya.

Masrur kemudian melibaskan pedangnya ke belakang dan membelah seekor lagi makhluk yang sama kepada dua.

"Putera Azz, tuanku tak apa-apa?" soal Masrur kepada budak lelaki berambut kuning keemasan itu.

Azz tidak berkata apa-apa dan tidak kelihatan sedikit pun emosi rasa takut pada wajahnya.

Mungkin kerana budak itu masih kecil oleh itu dia tidak faham dengan bahayanya situasi ini, getus hati kecil Masrur.

SKREEEEEKKKKK!

Seekor Gargoyle yang lebih besar berbanding sebelum ini muncul daripada langit dan ia menerpa ke arah mereka semua. 

Masrur yang tidak bersedia untuk menghalang makhluk itu tersentak. 

"Tuan Putera!"

Melihat akan situasi itu, pengawal Azz segera menerpa kehadapan untuk melindunginya.

Namun dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana makhluk itu bergerak lebih pantas daripadanya. 

TSAK!

Gigi Gargoyle yang tajam itu menusuk ke dalam tubuh lelaki tersebut pada bahagian bahu sehinggakan kulitnya terkoyak menampakkan daging dan darah pada tubuhnya memercik keluar.

Dalam sekelip mata sahaja nyawanya melayang. 

Masrur dan Izz tergamam melihat perkara itu manakala Azz pula hanya memandang kosong pada tubuh pengawalnya yang sudah terlantar dihadapannya.

Putera SerigalaWhere stories live. Discover now