" Yeon asal kau lambat hari ni ? Lama tau aku dengan Seon Ok tunggu . " sergah Hyerim .
" Sorry ah korang ada hal tadi " kata Sooyeon berhati-hati kerana muka kawan-kawannya nampak macam nak telan orang . Mintak jauh la ya tuhan .
"Ha elok kau dah sampai ni kita order dulu . Kau nak apa yeon ? Seon Ok ? "
"Bagi aku hot chocolate satu " Order aku .
" Aku nak milktea la kurang manis "
"Okay cik saya nak hot chocolate dua dengan milktea kurang manis satu "
" Baiklah . Tunggu sebentar ye . " Tutur pelayan itu lemah lembut .
" Kau buat apa sekarang Yeon lama tak dengar khabar kau ? Kau sihat ? Asal pindah tak bagi tahu kitorang ? Kau tahu tak kitorang risau pasal kau ? " Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Seon Ok .
SOOYEON P.O.V
Alamak nak cakap apa ni dekat diorang takkan nak cakap aku pindah sebab lari dari ahlong papa yang kejar kitorang sebab tak bayar hutang judi tu haih . Takkan nak mengaku aku kerja dekat kelab malam kot . Aku tak malu kerja dekat sana tapi nanti diorang akan tanya macam macam lagi . Sorry korang aku tak boleh cerita benda sebenar aku tanak korang berdua risau . Aku harap korang faham .
Papa pun satu asyik judi , judi , judi aku ni anak dia kot . Sudah lah 3 hari menghilang tak tahu pergi mana tak balik . Kalau balik kan kerja meminta duit . Sejak mama meninggal papa dah tak macam dulu .Papa selalu balik marah marah lepastu mintak duit . Sooyeon rindu mama . Kenapa mama pergi dulu tinggalkan Yeon.
(End p.o.v.)
" Oi Yeon . Kau pahal termenung ? Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi ? Yeon ? "
*tepuk meja
"Oh mak kau terbang . Woi terkejut aku . Kau kenapa ha ? Apa kau cakap tadi ? Sorry tak dengar "
" Aku tanya kenapa kau pindah tak bagitau kitorang kalau tak boleh tolong apa yang patut ha . " Kata Seon Ok .
" Oh pasal tu . Sorryla aku tak sempat nak bagitau korang sebab aku dapat tawaran kerja lepastu tempat kerja tu jauh pada rumah dulu tu yang kena pindah tu . Sorry eh janji tak buat lagi . " Pujukku sambil buat puppy eyes .
" Pesanan cik dah sampai . " Datang seorang pelayan perempuan mendulang air yang dipesan .
"Terima kasih " Kata kami bertiga serentak .
" Laaa kerja kat mana . Nanti kitorang free boleh ajak lunch sekali . Lepas grade kau terus hilang macamtu je " Tanya Hyerim ingin tahu .
"Kerja biasa biasa je . Ala korang ni asyik pasal aku je , korang apa cerita sekarang ? " Kataku ingin mengelak .
" Aku baru baru ni dapat tawaran kerja dekat Kim's Holdings . Hm kau tahu tak aku dengar CEO syarikat tu kan harap je muka handsome tapi perangai ya ampun dahla cerewet lepastu muka dingin semacam , seram pun ada . Kecut weh ." Cerita Seon Ok sambil memicit pelipis kepalanya .
Kami berdua hanya mendengar luahan Seon Ok . Hm kesian dia . CEO manala yang kejam buat kawan aku macam ni . Kalau aku jumpa memang habis la dia aku kerjakan . Lumat tch .
" Serius la kau ? Kesian member aku sorang ni hm . Nanti kita pergi shopping ye . Aku belanja . "
" Mentang mentang la dah berduit sekarang kau nak suap aku eh ? Hm baiklah aku nak pao duit kau bebanyak niar papa kedana . "
" Eh eh kita nak bagi dia happy tuduh kita macam macam pulak . Gigit kang . "
Pening kepala aku dengan telatah diorang berdua ni dari zaman universiti tak habis habis gaduh . Rindu pula waktu dulu dulu . Kalau lah boleh diundurkan masa .
- this is second story from me ... ☺hope you guys likee .. Comment byk ii utk saya baiki cerita saya yg serba kekurangan ini . Vote jugak tau . Thankyouu ... ❤
YOU ARE READING
Bread 빵 || KJI
Fanfiction" Cik , tolong bungkuskan 2 roti tuna ni . Saya bayar dua kali ganda daripada dia " " Ah takde . Saya sampai dulu kan mana boleh potong queue . Lagipun roti tu ada dua kan kongsi la " " Kesah pulak aku . Mana bole bagi orang roti ni favourite aku...