- PROLOGUE-

29 4 2
                                    

Bunyi tangisan bayi perempuan memenuhi ruang bersalin , Jaehyun telah selamat menjadi seorang bapa. Yuna , tersenyum gembira kerana dia telah selamat melahirkan bayi perempuan setelah beberapa jam menahan kesakitan , namun kegembiraan Yuna hanyalah sementara apabila doktor memberitahu bahawa bayi perempuan mereka tidak dapat melihat.

" maafkan saya Puan Yuna , anak Puan tidak boleh melihat ,saya harap puan banyak bersabar." Ujar Doktor Haneul.

" doktor pasti anak saya tak boleh melihat ? " ujar Jaehyun dalam nada tenang.

" iye Encik Jaehyun. Harap encik bertabah"  ujar Doktor Haneul .

" tak apa doktor , kami akan jaga anak istimewa kami" ujar Jaehyun tenang.

" siapa kata nak jaga anak cacat ni ? Saya tak nak jaga anak cacat ni. " ujar Yuna dan Jaehyun terkejut apabila perkataan cacat keluar dari mulut Yuna.

" sayang! Awak sedar tak apa yang awak cakap ni ? Dia anak kita, darah daging saya, darah daging awak juga" ujar Jaehyun.

" yee! Saya sedar , tapi saya tak nak anak ni ! " ujar Yuna.

" sayang ! " pujuk Jaehyun

Hayeon merengek kerana dia lapar , Jaehyun memujuk Yuna untuk memberi susu badan kepada bayi mereka , mahu atau tidak Yuna terpaksa beri susu badan. Setelah selesai dia menyuruh Jaehyun mengambil semula anak itu.

******

Kini usia Hayeon 6 bulan , Jaehyun mula perasan perubahan drastik Yuna , selalu balik lewat dan mabuk. Yuna sebelum pergi kerja dia akan mengepam susu badan terlebih dahulu , pernah sekali Jaehyun cuba memujuknya untuk memberi susu badan secara terus , Yuna tidak mahu , kerana dia merasa meluat untuk melihat anak cacat itu. Baginya anaknya seorang yang cacat.

" sayang mana awak pergi ?" Ujar Jaehyun sambil menukar lampin bayinya.

" mana saya pergi awak tak perlu tahu Jaehyun." Ujar Yuna.

" Hayeon merengek nak susu badan. Awak abaikan anak awak Yuna." Ujar Jaehyun tegas."

" Jaehyun ! Mana saya pergi awak tak perlu tahu. Saya penat." Ujar Yuna

" selama ni betul lah tekaan aku ! Yang kau keluar dengan lelaki lain ! Kau abaikan aku dengan anak kau sendiri." Suara Jaehyun mula meninggi.

" bagus lah kalau awak dah tahu Jaehyun. Saya dah muak hidup dengan awak Jaehyun dengan anak cacat ni " suara Yuna juga meninggi.

" Shin Yuna!! Anak cacat ni ! Anak kau ! Anak kau yang kau kandung 9 bulan ! " tengking Jaehyun.

" saya malu ada anak cacat macam dia ! Mana keluarga saya nak letak muka ,ada cucu cacat macam dia . Ceraikan saya " ujar Yuna.

" Hayeon pun malu kalau dia tahu ada mama macam kau Yuna! Aku tak izinkan kau jumpa Yuna! Baik aku ceraikan kau ! Kau berambus dari rumah aku. Kau ambil barang barang kau , keluar dari sini." Suara Jaehyun naik satu oktaf dan Hayeon terkejut.

" yes ! Finally ! Ini yang aku nak !" Ujar Yuna dan dia mengemas barang barangnya dan keluar dari rumah agam Jaehyun.

Jaehyun memeluk puterinya , dan dia menangis sambil memangku anaknya. Dia mencium ubun ubun anaknya.

" maafkan appa sayang. Appa gagal beri kasih sayang. Appa akan jaga kamu baik baik sayang. Kamu anak istimewa sayang. Appa sayang kamu.







Pimmpimmm Im back ! Hihi prologue tak pandai nak buat panjang panjang. So harap ada sokongan fanfics utk kali ni.

ANGELWhere stories live. Discover now