Anna yang dapat melanjutkan pengajian ke Korea dalam bidang seni muzik dan persembahan. Bertemu Leo seorang penyanyi kumpulan ViXX yang merupakan senior di universitinya. Pertemuan yang telah mendatangkan kebencian Leo itu, akibat dari salah faham Anna yang mengingatkan Leo itu sebagai pencabul. Tindakan itu telah menjerut dirinya dan terpaksa menjadi orang suruhan Leo. "hey, why you late, hah?" Leo. "hah? So...so...sorry. Jalan jamme." Anna. "what? Lady" leo. "sorry jamme on the way to meet you." Anna. "orang korea tak tahu melayu, orang melayu tak pandai berbahasa korea. Memang cerdik, huh!" Hati Anna. Kejadian serangan peminat fanatik VIXX ataupun peminat Leo terhadap Anna sehingga dia dimasukkan ke dalam hospital telah menimbulkan rasa sayang dalam hati leo. Leo yang masih terkejut dengan kejadian itu mulai menjaga Anna yang terlantar tidak sedarkan diri selama beberapa hari dengan penuh rasa serba salah. Satu peristiwa yang telah membuatkan dua hati ini mulai goyah. Anna rasa rindu. Leo rasa malu. Dap dup dap dup bunyi jantung mereka tiap kali bertentang mata. Akibat malu, masing-masing pendam rasa. Nasib baik ada kawan-kawan yang gila-gila telah menyatukan mereka hingga ke jinjang pelamin. Anna dan Leo ingatkan bahagia menanti mereka di masa hadapan, tetapi sebaliknya. Perkahwinan yang dirahsiakan daripada peminat VIXX kerana status Leo sebagai Kristian serta kontrak dengan pihak syarikatnya. Anna pula bukan menantu kesukaan Omma Leo bagai menambah minyak lagi. Bagaimanakah Anna mampu mengambil hati Omma Leo dan kakak-kakak ipar serta para peminat Leo. Mampukah Leo membantu Anna dan harungi perkahwinan mereka sampai bahagia.
8 parts