Seorang kuat membuli, seorang lagi sentiasa panjang akal untuk membalas dendam. Hidup mereka tidak pernah sunyi. "Eh pendek! Aku lapar ni. Pergi belikan makanan untuk aku cepat" muka garang ditayang oleh Naqeeb. Ayana membuat muka. "Apa tinggi? Kau ni pagi-pagi bengis. Muka yang tak handsome tu bertambah-tambah tak handsome dah" Bebel Ayana. Naqeeb tersengih. Ada sahaja akal si Ayana ni untuk menjawab. "Bebel apa lagi tuan puteri? Lincah lah, lapar ni" tangan Naqeeb dibawa ke perutnya dan diusap perlahan. Ayana mengecilkan matanya memandang Naqeeb. Gaya macam kebulur sangat je. Beria! "Baiklah tuanku. Tuan puteri menurut perintah" katanya seraya tergelak kecil. Naqeeb melebarkan senyumannya. Senyuman itu! Hanya Puteri Wirdayatul Ayana sahaja yang mampu membuat Tengku Naqeeb Rizqan tersenyum seperti itu. Ada sahaja keletah Ayana yang mencuit hati Naqeeb. The King yang beku dan panas baran. The princess yang periang dan nakal. Personaliti yang bertentangan membuatkan mereka sering bertengkar. Naqeeb dengan egonya dan Ayana dengan sifat sentiasa mahu menang. Mahu terbalik dunia kalau dua orang ni sudah mula bertengkar tentang sesuatu. "Queen! Kau memang pengacau dalam hidup aku" Ratna menyelerakkan mejanya. Jom! Sama-sama kita ikuti kisah hidup mereka berdua. Jangan lupa vote dan comment jika ada apa-apa teguran👌 Lots of love💋, NaSyazz