❛❛ What a wonderful suprise, isn't? ❜❜ Mythical Forest ; masih giat mencari para pemangsanya. Ianya bukan sembarangan hutan. Bahkan, tanpa mereka sedari bahawa hakikatnya diri masing-masing telah jauh kehilangan sehingga membawa mereka ke dunia lain melalui sebuah pintu portal ghaib yang kewujudan-Nya tiada sesiapa tahu. Tatkala nyawa menjadi galang ganti dalam sebuah pencaturan mahupun trajedi yang mungkin disesalkan, telah membuatkan mereka seolah mengalami dejavu saat-saat apabila dikejari oleh makhluk yang sungguh menakutkan. Apa yang telah terjadi dengan mereka? Makhluk itu adalah ❛MYTH❜ yang lagaknya persis zombie tapi sebenarnya bukan. Ianya merupakan binatang buas yang bertukar menjadi makhluk menakutkan untuk memburu penghuni atau manusia-manusia yang masih hidup. Dari mana datangnya makhluk-makhluk itu? Pelik, bukan! ❛❛ Actually, kita dipertemukan dalam situasi yang salah- ❜❜ Ego or Selfish ; mereka telah dipertemukan dalam situasi yang tidak dijangkakan. Bagi untuk saling berkerjasama serta melindungi antara satu sama lain. Namun, sayangnya tiada wujudnya persefahaman diantara mereka yang seolah-olah menyalahkan takdirnya sendiri, bukankah ini kerana mereka ego dan terlalu mementingkan diri sendiri? Sebuah takdir yang disalah ertikan. Mampukah untuk mereka mengekalkan gelaran survive atau mungkin semangatnya terputus di tengah jalan dan memilih untuk mati? Persoalan masih berlegar-legar. Apakah tujuan mereka berada di Unknown World itu? ---- Started; 19/04/2020 Ended; --/--/---- Status; Slow Update