(Telah diterbitkan di bawah Mahakarya, imprin fiksyen Patriots) Ini kisah syaitan bertopeng manusia melawan manusia bertopeng syaitan. Kisah jahat bertembung jahat. Satu kerana dendam. Satu kerana nafsu. Psikopat Nirwajah menceritakan Langsuir, seorang pembunuh bersiri yang merasa tercabar apabila seorang lagi pembunuh merampas cahaya pentas darinya. Maka, dia bertekad untuk memburu sosok misteri itu dan menumpahkan darah. Pada masa yang sama, Inspektor Syaaban menghidu sesuatu yang aneh dalam kejadian pembunuhan bersiri yang sedang berlaku di bandar Rebung Utama. Memori lalu bersama Geng Wira Kumbang, sekumpulan kanak-kanak yang ditimpa tragedi, mula timbul kembali dan mungkin, sebenarnya suspek yang dicari lebih dekat dari yang disangkakan. Tetapi bagaimana mayat tidak berwajah akan membuka cerita?
13 parts