Eliz Meysie Carley. Satu nama satu nyawa. Satu nyawa beribu pemburu. Kota Serico yang dulunya dikenali sebagai kota tercantik dan aman kini berubah menjadi kota yang dibanjiri dengan bangkai mayat dan manusia yang berupakan 'mayat'. Sejarah lama yang berlaku beratus tahun dahulu kini kembali. 'Mereka' datang kembali kerana 'seseorang memanggilnya'. Penduduk kota Serico menjadi kucar-kacir. Ikatan kekeluargaan penduduk di sana yang seperti isi dan kuku telah berubah. Seorang di timur, seorang lagi di barat. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Setiap perjalanan pasti akan didengari teriakan bayi? Kanak-kanak? Remaja? Dewasa? Warga emas? Itu semua pasti. Kadangkala ada bayi yang masih memerlukan ibunya bertarung nyawa sendirian, ditinggalkan sehelai sepinggang ibu bapanya di setiap pelusuk kota Serico. Diri sendiri pun mereka tidak dapat jaga. Apatah lagi anak-anak, isteri, suami, ibu, ayah. Jika aku sudah tahu ini akan berlaku, aku takkan sesekali melakukannya. Tidak akan.
1 part