Nama aku Aazeen. Aku adalah seorang gadis daripada keluarga 'broken home' itulah gelaran yang selalu diberikan kepada anak-anak yang ibu bapa dia bercerai atas disebabkan hal peribadi. Bagi aku kehidupan sebagai anak 'broken home' tidak begitu teruk seperti yang orang lain selalu bayangkan. Hidup aku lebih bahagia tanpa seorang lelaki yang digelar ayah tetapi kenapa orang sekeliling aku memandang hina terhadap keluarga aku kerana aku daripada keluarga 'broken home'? Hidup aku sentiasa di buli, di hina dan di pijak-pijak bagaikan aku ini tiada maruah seperti mereka. Tetapi sejak aku mengenali lelaki yang bernama Naufal hidup aku berubah bagaikan mimpi yang indah yang aku sentiasa idamkan sehingga aku tidak mempercayai itulah realiti. Denganmu disisi aku kini aku tidak perlu risau tentang gelaran anak 'broken home' lagi. Walaubagaimanapun, aku tidak menyangka bahawa mimpi yang indah itu juga ada rahsia disebalinya yang aku tidak sanggup tempuhi. Aku tidak menyangka bahawa kau juga seperti mereka rupanya kau adalah syaitan yang bertopengkan manusia. "AKU BENCI HIDUP AKU!" "AKU INGIN MATI!" "KENAPA AKU MEMPUNYAI NASIB SEPERTI INI!" "KENAPA AKU DILAHIRKAN DENGAN KELUARGA SEPERTI INI!" "HIDUP INI TIDAK ADIL!" Adakah hidup gadis akan berakhir begitu sahaja? Kerana beban di dunia telah membuat seorang gadis hidup menderita. Adakah dia dapat merasakan mimpi yang indah dalam hidup lagi selepas ni? UPDATE CHAPTER RABU dan SABTU