Ceritera yang ketiga. Dua jiwa satu jasad. Itu kata-kata yang mampu untuk ungkap Rihanna. Apa maksudnya? Cuma Rania dan Zayyan sahaja yang tahu. Bertemu dengan Qayden yang sudah dianggap mati, seolah memberi nafas baru buat Rihanna untuk meneruskan hidup. Tambahan pula Qayden bukanlah seorang yang berahsia seperti Faliq. Tapi bagaimana pula dengan Rihanna? Rihanna misteri. Rihanna bahaya. Jangan cabar Rihanna. "Qayden." - RIHANNA FIERNA DARLENE. "Ya?"- QAYDEN FAKEEL. "Aku nak berterus terang dengan kau." - RIHANNA FIERNA DARLENE. ZAYYAN NARFI. Satu nama yang menyimpan harapan buat Rihanna. Tapi, harapan apa sebenarnya? Harapan untuk bersama dengan Rihanna kembali atau sebaliknya? "Kau jangan cabar aku Rihanna, rahsia kau lagi besar dari Faliq!" - ZAYYAN NARFI. "Go on! Kau nak bagitahu Qayden? Go! Aku cabar kau, tapi kau kena ingat. Kau cabar 'dia', bukan aku. Jadi kalau apa-apa jadi kat kau, Zayyan! Sendiri faham." -RIHANNA FIERNA DARLENE. . "Qayden..." "A-aku dah bunuh Rihanna..."