petra dan nobara , kembar yang terpisah kerana penceraian ibu bapa mereka kini kembali bertemu semula . mereka memiliki sifat yang sangat berbeza , nobara yang mengikuti ibunya sangat beruntung kerana diberikan kemewahan sejak kecil lagi tetapi sifatnya agak bongkak dan selalu memandang rendah orang biasa . sedangkan petra yang mengikuti ayahnya itu hanya menjalani kehidupan biasa , tetapi dia sangat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ayahnya . apakah yang akan terjadi jika kembar terpisah ini kembali bertemu dengan gaya hidup yang berbeza ?