Ini kisah seorang anak perempuan yang hatinya berkali-kali dipatahkan. Yang hidupnya berkali-kali dimatikan. Yang harapannya berkali-kali dipunahkan. Ingin sekali lidah bersuara tetapi takut kerana perasaannya sering kali diketepikan. Namanya, Arya Sofea. Hanya seorang anak perempuan yang sentiasa tertanya dengan erti kebahagiaan. Adakah ia wujud? Jika wujud, mengapa air mata sering menjadi peneman tiap malam?
"Sungguh darimu aku belajar untuk tidak jatuh cinta terlalu dalam. Dengan lafaz Bismillah, aku tutup pintu hatiku kepada mana-mana ajnabi dengan seikhlas dan serapat yang mungkin."
Hatinya sudah dikunci setelah peristiwa lama kian menghantui dan menakutkan dirinya. Ayra sering salahkan diri sendiri setelah apa yang terjadi antara dia dan seseorang. Hingga datang seorang lelaki yang dikenali dalam tidak sengaja mahu mencuba nasibnya.
"Give me one month to make you fall in love with me."
Dan namanya, Theo.
"The plan was to stay single until I could fully fix the years of trauma and pain. To heal myself on my own. But world knew I could not do it alone so Allah gave me, you. All I can say is thank you, from the deepest place in my heart."Alle Rechte vorbehalten