KERANA gilakan nombor ekor, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memuja jin dan segala makhluk ghaib yang dipercayai mampu memberikan apa sahaja yang diidamkan. Amri seorang pemuda yang berusia lingkungan lewat 30an, begitu gila bermain judi, termasuk menikam nombor ekor. Setiap pelusuk tempat dia akan mencari tempat yang dikatakan keras untuk menurun nombor ekor. Sudah ramai pawang dan bomoh dia temui. Sudah banyak tempat dia pergi demi mencari nombor ekor, semuanya tidak dapat memuaskan nafsu serakah Amri, dia mahu lebih lagi. Amri sanggup melakukan apa sahaja sehingga lupa dosa dan murka ALLAH. Pada suatu hari Amri mengetahui tentang suatu tempat yang mampu memberikan nombor ekor terbaik untuknya, sekaligus akan memberi kekayaan kepadanya. Tempat yang dihuni oleh satu penunggu yang dirasakan nampu membantunya mencapai apa yang dikehendaki. Namun Amri tidak mengetahui tanah di tempat itu adalah tanah yang disumpah! Tanah yang penuh dengan kegelapan. *Sate Untuk Jembalang akan dinaikkan setiap hari Khamis, bermula 14/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*
5 parts