Blurb blurb Ahmed, Ahmed, Ahmed. Nama inilah yang selalu meniti di bibir seorang Ummu Malika. Ummu Malika. Gadis yang terlalu menyukai lelaki beku di sekolahnya. Menjadi rakan sekelas kepada Ahmed Malek membuatkan peluang Malika untuk mengoratnya semakin cerah. Sering saja dia mencuba untuk memikat hati jejaka pujaannya dengan melakukan pelbagai cara namun langsung tidak dipandang oleh Malek. "Ahmed, awak nak tak jadi pakwe saya?" -Ummu Malika Ahmed Malek. Hidupnya semakin hari semakin terganggu dengan kewujudan Ummu Malika. Kelakuannya yang terlalu 'desperate' untuk mendekati Malek sangatlah menyakitkan hati. Di mana ada Malek, di situ ada Malika. Malek merasakan hidupnya di sekolah sudah tidak lagi tenteram dek kerana selalu diperhatikan oleh gadis itu. Baginya, Malika tidak ubah seperti seorang stalker yang psycho. "Aku tak suka perempuan terhegeh-hegeh macam kau ni or should I call you, a desperado? And by the way, jangan panggil aku Ahmed. Kau tak layak!"-Ahmed Malek Suatu kejadian berlaku di antara Malika dan Malek yang menyebabkan Malika mula mempersoalkan kembali rasa cinta dan kasihnya kepada Malek. "Bro, be a gentleman! Kalau kau tak suka dia, tak payah sampai nak hina dia!"-Tuan Syahmeer Malika tekad. Dia mahu melepaskan perasaan cintanya kepada Malek. Dia sedar diri bahawa lelaki itu tidak akan pernah memandangnya. Cukuplah selama ini dia dipandang 'murah' oleh semua orang semata-mata mahu mendapatkan cinta Malek. "Dari dulu lagi aku anggap kau lebih daripada kawan baik. Be my girl, will you?"-Tuan Syahmeer
4 parts