Arluna Dahlia? Nama cantik dah tapi sayang tak sesuai langsung dengan perangai. Degil. Keras kepala. Tak dengar kata! Arluna tiada boyfriend? Arluna tak laku? Yes! Arluna Dahlia sangat pandai menjaga diri sampaikan tiada seorang pun lelaki berani mendekatinya. Namun, suatu hari dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang membuatkan Arluna jatuh cinta pandang pertama. Seakan-akan bertemu dengan putera kayangan yang jatuh dari langit. "Nama saya Arluna Dahlia. Seorang pelajar ijazah sarjana muda perakaunan. Masih single dan sedang mencari. Awak?" -ARLUNA DAHLIA "Aku Raees. Hanya seorang mekanik. Selesa hidup sendiri dan tak perlukan sesiapa untuk teman aku. Dah pergi main sana!" - RAEES DHAFFA Wow! Makin Raees jual mahal, makin Arluna suka. Dia tidak kisah digelar perigi cari timba asalkan dia dapat apa yang dia mahukan. Usaha tangga kejayaan bukan? "Jom kahwin!" - ARLUNA DAHLIA Terbalik selalu lelaki yang ajak kahwin, tapi ni perempuan pula. Walaupun dah banyak kali Arluna cuba, namun Raees tetap menolak. Rupanya ada satu rahsia yang disembunyikan oleh Raees. Bagaimana pula pengakhiran hidup mereka? Adakah Arluna mampu mencuri hati seorang Raees Dhaffa? Ataupun usahanya selama ini hanya sia-sia sahaja? Start: 1 May 2023