" when we first meet, i fall in love with you " Berkisahkan tentang Arisya Adreyyana yang selalu dibuli dan dihina oleh Iman Hakimi. Iman Hakimi seorang lelaki bandar yang menjadi kegilaan wanita kerana personaliti. Manakala, Arisya Adreyyana pula seorang gadis kampung yang mempunyai bakat dalam akademik. Iman Hakimi daripada keluarga senang tetapi tunggal. Arisya Adreyyana daripada keluarga susah tetapi mendapat kasih sayang yang cukup. Berbeza dengan Iman Hakimi. Iman Hakimi selalu membuli dan menghina Arisya Adreyyana kerana rupa parasnya yang tidak beberapa cantik. Arisya hanya menghadapi cabaran yang diberikan kepadanya itu. Walaupun Iman melayani Arisya sebegitu, dia masih boleh menggunakan panggilan 'awak, saya' dan berlembut dengan Iman. Sehinggalah satu hari, Arisya sudah tidak mampu untuk menanggung keperitan yang dilalui lalu menampar pipi Iman dengan penuh rasa geram. " Susah sangat ke kau nak terima aku dalam hidup kau Iman Hakimi? Susah ke nak layan aku elok-elok? Susah sangat ke Iman Hakimi?! " - Arisya Adreyyana " Kau tampar aku? Sejak bila kau berani naik tangan ni? " - Iman Hakimi " From now. Aku benci kau Iman Hakimi. Sampai mampus pun aku tetap benci kau! " - Arisya Adreyyana " Kau ingat aku akan rasa sebersalah atau kesian dengan kata-kata kau tu ke? Aku pun benci kau lah Arisya Adreyyana! " - Iman Hakimi Selepas kejadian ini berlaku, Iman Hakimi memikirkan tentang perkara-perkara sebelum ini yang telah dia lakukan kepada Arisya Adreyyana. Perasaan sebersalah mula menyelubungi dirinya. Ayat terakhir yang Iman Hakimi katakan ialah.. " I will protect and take care of Arisya Adreyyana until my last breath, that's my promise. " Apa yang terjadi selepas ni? Adakah kata-kata Iman Hakimi itu benar atau hanyalah sekadar omongan kosong? Adakah Arisya Adreyyana dapat memaafkan Iman Hakimi dengan seikhlas hatinya? Start: 1/10/2023 End: