Perjumpaan Haizal bersama Abang Tahfiz mengingatkan dia kepada arwah abangnya Mahdi. Hati Haizal mula terdetik untuk berubah daripada seorang budak nakal kepada seorang muslim yang taat pada perintah Allah. Tapi dalam setiap hijrah bukan mudah untuk istiqomah kerana pelbagai ujian datang menghampiri serta ada yang akan kurang senang. Berjayakah Haizal mencari jalan keluar dari hidupnya yang kelam itu atau tidak?