AISY ARSYAD X AISYAH AMMARA Meskipun di usia yang awal, Aisy Arsyad sudah mengenali erti kasih sayang yang sebenarnya, sanggup berkorban diri demi seseorang yang dia sendiri tidak kenal. Memori pahit 15 tahun lepas menjadi tanda tanya, adakah mempunyai harapan untuk dia bertemu kembali dengan si dia. Apa yang lagi menyukarkan dirinya untuk mencari gadis itu kerana selepas kejadian tersebut, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Johor kerana kerja bapanya. Tidak sempat pula dia mengenali dengan lebih mendalam soal gadis itu, tapi apa yang pasti, dia rindu akan perangai itu. Sehingga sekarang, dia menutup hati untuk orang lain, menunggu seseorang yang hadir 15 tahun lepas dalam hidupnya kembali. "Dekat mana lagi boleh aku cari dia?" - Aisy Arsyad "Finally, princess, remember me?" - Aisy Arsyad Aisyah Ammara, gadis yang mengharapkan agar dipertemukan dengan seseorang yang muncul sebagai sahabatnya pada masa lalu. Kemungkinan untuk dipertemukan kembali itu mustahil, namun dia tidak berputus asa untuk terus mencari siapakah jejaka itu. "Abang dah janji takkan tinggalkan kita, tapi abang tipu" - Aisyah Ammara "Abang Aisy..." - Aisyah Ammara Pertemuan yang tak dijangka mengejutkan kedua pihak, apakah ini takdir mereka?
11 parts