Seorang lelaki mencari seorang gadis yang dia terjumpa di dalam mimpi yang tidak sengaja. Dia tidak tahu gadis itu wujud atau tidak tetapi dia tetap mahu mencari gadis itu walaupun dia sudah bertunang. Mampukah Arjuna Saqeef mencari gadis yang bermain di mimpinya? Adakah gadis itu yang dia tersuka sejak sekolah tingkatan ataupun bekas kekasihnya? Dia buntu memikirkan siapa gadis itu. --------------------------------------------- Seorang gadis yang kecewa dengan sikap keluarga teman lelakinya. Keluarga teman lelakinya sudah berjanji dengannya untuk mengahwinkan anaknya dengan Aradea Orked tetapi malangnya lelaki itu eksiden dan hilang ingatan. Dia dituduh merancangkan eksiden itu. Selepas beberapa bulan dia mendengar khabar dari kawannya yang lelaki itu sudah bertunang. Lepas dari itu dia mula tidak percaya mana-mana lelaki kecuali ayahnya. Dia tidak mahu menerima mana-mana lelaki yang mahu masuk dalam hatinya.