Takdir itu rencana Tuhan, tiada kuasa manusia menidakkan. Kenal, kahwin lalu berpisah. Takdir juga telah mempertemukan kembali dua jiwa yang pernah terikat dalam satu hubungan suci pada masa lalu. Kedatangan Sayf ke Alexandria atas tuntutan kerja, namun tidak disangka-sangka terserempak pula dengan Nufa, bekas isterinya. Mahu tak bergetar hati masing-masing saat bertentang mata kembali selepas 2 tahun tidak bertemu. "Abang buat apa di Alexandria?" -𝐍𝐮𝐟𝐚 𝐄𝐥𝐧𝐚𝐮𝐫𝐚 "Nufa jauh sangat lari. Abang kejarlah sampai sini." -𝐒𝐚𝐲𝐟 𝐀𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐧 Bermula dari pertemuan itu, ligat Sayf mencari cara agar dapat memujuk Nufa kembali kepadanya. Lebih membuatkan Sayf tekad adalah kerana cintanya yang masih utuh buat wanita itu. Setia dia hanya memahat satu nama. "Ini peluang terbaik kau, jangan sia-siakan. Aku dah tolong." -𝐀𝐥𝐢 𝐔𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧 "Mohon petunjuk dari Allah. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau dan Nufa." -𝐍𝐚𝐛𝐢𝐥 𝐈𝐳𝐡𝐚𝐦 "Kelak jika jodoh Sayf dan Nufa masih ada, Sayf boleh janji pada ayah dan ibu perkara itu takkan berulang lagi?" -𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥 Perasaan yang tandus kini disirami oleh cinta lama. Bukan mahu mengulang kisah pahit lalu tetapi mahu mencipta kisah manis baru bersama orang yang sama. "Tak pernah saya berhenti mencintai dan menyayangi lelaki yang selama ini buat saya bahagia." -𝐍𝐮𝐟𝐚 𝐄𝐥𝐧𝐚𝐮𝐫𝐚 "Allah tahu isi hati abang. Maka abang serahkan semuanya pada Allah." -𝐒𝐚𝐲𝐟 𝐀𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐧 Pertemuan mereka tidak dirancang. Jika sudah tertulis takdirnya begitu, ke mana lagi mereka hendak berlari?