Kata dia ini salah satu bakatku. Menulis. Terutamanya dalam bidang yang melibatkan puisi. Dan ini juga merupakan salah satu daripada impian terbesar aku. Untuk menjadi seorang pemuitis. Kata orang setiap apa yang kita tulis ini sangat mahal harganya. Ya. Kerana apa? Kerana pengalaman yang kita lalui itu yang menggerakkan jari-jari ini untuk mencoretkannya. kerana pengalaman yang kita lalui tidak boleh dibeli namun hanya dapat dikongsi untuk dirasai. Namun begitu puisi bukanlah satu perkara yang mudah untuk difahami kerana kita yang melaluinya sendiri tanpa dipinta walau hanya sekelumit simpati.