[S2] Beraya Di Rumah Maya 🌙

281 54 36
                                    

Setelah tiga hari dua malam berada di kampung, Fatihah dan keluarganya berangkat semula untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Dan pastilah Hafiz yang paling tak puas hati. Yalah, dah tak dapat jumpa gadis idamannya a.k.a Fatihah.

Ikutkan hati, nak saja dia bermesra dengan anak perempuan Encik Iman itu, tapi melihat pada wajah garang Seungkwan, terpaksalah dia memendam hasrat 'murni' tersebut.

Hari tu dah makan penumbuk, takut sekarang ni dapat kaki pula!

" Eii macam manalah Fatihah boleh kahwin dengan mamat Korea tu? AKU JAUH LEBIH KACAKLAH DARI SI SENGKUANG TU PUIHH " Hafiz mula meroyan mengalahkan ibu baru bersalin anak sulung.

Pintu biliknya sudah dikunci, tidak mahu diganggu katanya.

" Aku ingatkan bolehlah si Nazmi back up aku, rupanya dia pun berpihak kat si sengkuang tu. Jampi apatah dia guna sampai Nazmi tunduk kat dia huh. "

Sambil itu Hafiz berjalan di sekitar biliknya, kesana kesini.

Sekali pandang macam manusia yang terputus wayar di otaknya.

Elok sangatlah dia dipasangkan dengan Alina kan, sama-sama mental!

" Aku dah belanjakan banyak duit untuk ikat jamin perempuan tu, harapnya berhasillah rancangan aku ni muahahaha! " sempat dia ketawa bagaikan watak antagonis di dalam drama.

Ada yang teka Hafiz ke masa chapter lepas? Tahniah, anda sangat bijak!

" Mesti dia tengah pelik, siapa pulak yang ikat jamin dia? Haha, aku kenal kau, Alina. Kau je tak kenal aku. " Hafiz mula ketawa buat kali kedua.

Jangan contohi perangai ini jika anda tidak mahu dilabel sebagai gila.

++++++

" My bebi Boo, saya nak pergi beraya kat rumah Maya, alang-alang tu saya nak ambil si Oreo tu sekali. Awak nak ikut? " soal Fatihah kepada Seungkwan yang sudah terbongkang di atas katil.

Mana taknya, dia dan Nazmi penat angkut segala bahan makanan yang dibawa dari kampung. Bukan sikit, lemang saja dah 20 batang. Belum kira beras bagai.

Memang kat KL ni takde beras pun kan.

" Takpelah, awak pergilah. Saya dah pancit ni fuh fuh. " balas Seungkwan yang masih tercungap-cungap.

" Alololo kesian dia, family kami kat Kedah memang macam ni, pantang kami balik sana. Macam-macam benda diaorang nak bagi hehe. " Fatihah ketawa kecil melihat gelagat suaminya itu.

" Awak nak pergi sorang ke? " soal Seungkwan dan sejurus itu dia terus bangun dari pembaringannya.

Risau juga, cukuplah masa season 1 je isterinya itu diculik.

Dia tak mahu pisang berbuah dua kali!

" Eh taklah, saya suruh abah temankan saya jalan pergi rumah Maya. " jawapan yang diberikan itu membuatkan Seungkwan menarik nafas lega.

" Ha eloklah ada orang teman awak, saya taknak benda yang sama berulang. " kata Seungkwan dalam nada suami mithali.

" Ehehe sayang jugak awak kat saya ya~ " secara tiba-tiba Fatihah mengeluarkan suara manja-manja gitu.

" Dey, mestilah. Kalau tak kenapa saya kahwin dengan awak? Aums. " Seungkwan menjongket-jongketkan keningnya nakal.

Allahu, ini kalau Nazmi nampak mesti bitter dibuatnya.

" Hei, hei, sudah. Saya nak pergi beraya ni, awak jangan macam-macam! "

" Eleh dia yang buat suara manja, salahkan kita pulak hm. Ha pergilah. Jalan tu elok-elok. Lelagi abah tu, boleh pulak dia terpeleot masa kat kampung haritu. " sempat Seungkwan berpesan, siap bagi flying kiss lagi.

" Baik boosku! "

++++++

" Ha Tihah, kamu tu bila kat rumah orang, jaga sikit perangai. Nanti orang kata abah dengan mak ni tak pandai didik anak pulak. " Encik Iman mencuit hidung anaknya itu perlahan.

Dia bukannya tak tahu, Fatihah tu kalau dah bersama dengan Maya, auto lupa segala adab yang dipelajarinya.

" Hehe baik abah! " namun percayalah, semua pesanan itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Oh, rumah Maya bukannya jauh mana. Beza tiga rumah je, jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Encik Iman pun berlalu pergi untuk pulang.

Fatihah memandang wajah sahabat sekepala, sekaki dan sehatinya yang sudah berdiri tegak di hadapan pintu.

Sekali pandang macam patung kat kedai baju.

" HEIII MAYA HD!!! " jerit Fatihah, sungguh tidak manis perangai itu ya.

" HAHAHAHA CILAKA KAU TIHAH, INGAT AKU NI CHANNEL ASTRO? "

Buat pengetahuan, ibu bapa Maya tiada di rumah. Maka berparti sakanlah dua sahabat itu. Siap buka lagu Hareudang lagi.

Jangan risau, Maya setkan volume yang masih boleh diterima akal. Tak adalah sampai satu taman perumahan tu boleh berhareudang sekali.

" Weh Tihah, kau nak tahu tak? " soal Maya sambil menyuap sebiji nugget ke dalam mulutnya.

" Boleh jugak. Kau buat tauhu bakar ke tauhu goreng? " soalan yang diberikan oleh Fatihah itu membuatkan Maya menyekeh kepalanya.

" TAHU, BUKAN TAUHU. KAU NI PEKAK KE WOI? "

" Adui, ingatkan tauhu. Baru nak makan, craving tauhu ni. " Fatihah mencebikkan bibirnya sambil mengusap kepalanya yang disekeh sebentar tadi.

" Oh my kambing! Kau craving? Adakah ini bermaksud aku akan menjadi seorang makcik? " Maya menayangkan wajah teruja.

" Eiii mana ada! Cepatlah bagitahu benda yang aku tak tahu tu! "

" Alah, mana tau korang dah em em ke- okey okey taknak cakap banyak sebab readers story ni banyak bawah umur jadi aku nak bagitahu pasal Alina! " pernyataan dari Maya itu membuatkan Fatihah berhenti meneguk sirap ais.

" Huh? Kenapa dengan alien tu? Dah ke alam lain ke? "

" Hish kau ni Tihah, tak baik cakap macam tu! Walaupun Alina tu perangainya anjim banget, kita tak boleh harapkan dia mati! " Maya tiba-tiba berceramah.

" Aku gurau je woi. Ha kenapa dengan dia? " soal Fatihah dan pada masa yang sama, dia kembali meneguk sirap ais miliknya.

" Dia dah keluar penjara! " maka tanpa memanjangkan cerita, air sirap ais yang diminum tadi telah selamat tersembur pada wajah Maya.

" Astagfirullah Tihah. "

Fatihah mula rasa tak senang hati, kalau si alien tu keluar dari penjara...mesti dirinya akan diburu terlebih dahulu!

Maklumlah Alina mana pernah kenal erti insaf.

Arrghh stres!

++++++

Akhirnya aku update jugak.

*nangis*

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now