18

2.4K 364 64
                                    


The Great Kim

Bab 18

♡do you miss this fanfic?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡do you miss this fanfic?

Tindakan melulu Mia Hayden menyebabkan hati Taehyung tergerak untuk segerakan urusan penceraian mereka.

"Rimas aku. Mia jadi batu penghalang. "keluh Taehyung seraya jemarinya naik memicit pelipis kepala.

Sehari mia tak kasi otak dia serabut, memang tak sah. Ada-ada sahaja wanita seksi dan elegan merencana rancangan penuh kejutan kepada dirinya.

"Atau dia dah tahu..aku dan Mi Yeon sudah bersuami isteri-"

Cermin tengah kereta dibetulkan lalu keadaan wajahnya yang keliru ditilik sejenak. Wujud suara hati yang berbisik isteri pertamanya itu tahu status hubungan dia dan Mi Yeon.

"A-ah, tak mungkin. Dia terlalu busy berasmaradana bersama anak ikan dia. She's too stupid to bother about Mi Yeon."Taehyung membuat kesimpulan ringkas tatkala fikirannya teringatkan skandal gelap Mia.

Rahsia luar dalam Mia semua dalam genggaman tangan Taehyung. Cuma, dia masih sangsi dengan niat wanita itu.

Kerana dia tahu Mia bukan wanita biasa. Jika Mia nekad mahukan sesuatu, dia akan lakukan segalanya demi kemahuannya yang satu.

"Huh? Macam tahu aku tengah terfikir pasal kau, Mia."ujar Taehyung senada. Panggilan dari isterinya terus ditekan punat hijau.

Kedengaran suara gelakan halus dari tuan empunya suara. Alis kening lelaki itu terus terjengket naik ke atas.

"Husband."

Sudut bibir Taehyung kelihatan menyenget ke tepi. Confirm Mia telefon sebab nak menghabiskan duit dia lagi.

"Kita pergi theme park nak tak? Jaemin ni ajak i pergi bersama you. Maklumlah dah lama tak luangkan masa. I know you tak akan tolak."kata si pemanggil iaitu Mia Hayden di talian telefon.

Alasan!  Gunakan Jaemin adalah taktik biasa Mia untuk menipiskan poket Taehyung. Permintaan kecil itu diiyakan dirinya di hujung talian.

Lagipun berbaki masa sedikit sahaja lagi sebelum dia menceraikan Mia secara baik.

"Okay, I pick-up you dan anak kita sekarang."panggilan telefon ditamatkan segera lalu stereng kereta diputarkan ke destinasi rumahnya.

Mungkin ini peluang keemasan bagi Taehyung redakan api cemburu yang sedang meruap-ruap di dalam hati.

Fasal Mi Yeon, dia letak ke tepi dahulu. Keinginan Jaemin juga menjadi keutamaan lelaki itu.

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now